free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

01 Februari 2010

Pemetaan Terain Lojing


Dalam Projek Kajian Geobencana Negara, JMG Kelantan telah melakukan pemetaan geologi terain di Kawasan Tanah Tinggi Lojing. Kawasan ini berketinggian lebih dari 1000m dari aras laut dan majoriti kawasan bercerunnya berada dalam kelas IV. Namun begitu, kawasan ini telah diwartakan sebagai Kawasan Pengurusan Khas (SMA) dan boleh dibangunkan dengan syarat-syarat yang ketat.


Kajian ini juga melibatkan inventori cerun-cerun potongan bukit bagi pembinaan jalanraya.



Kajian ini juga melibatkan pemetaan geologi kawasan dan pengenalpastian Darjah kecerunan cerun, kod-kod aktiviti cerun, jenis hakisan dan ketakstabilan cerun dan bahan cerun.


Pengenalan kepada jenis-jenis batuan adalah penting kepada geologist.


Kajian ini dilakukan dari tahun 2006 dan berakhir pada 2009. Dua peta tematik iaitu Peta Kesesuaian Pembinaan dan Peta Hakisan akan dikeluarkan dan akan digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tujuan perancangan Kawasan Tanah Tinggi Lojing.


Tiada ulasan: