free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

27 Januari 2010

Majlis Asyura Bersama Warga Wisma

Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, Wisma Persekutuan Kota Bharu, Kelantan telah menganjurkan Majlis Asyura pada 14 Januari 2010 untuk semua jabatan kerajaan peringkat persekutuan. JMG Kelantan tidak ketinggalan untuk tampil mengambil bahagian. Kerjasama yang erat dan padu di antara kakitangan JMG Kelantan pastinya merupakan resipi yang paling ampuh di dalam menjayakan program tersebut. Tahniah kepada semua yang terlibat!

Hati-hati kacau tu .........

Bersama menjayakan majlis asyura, En. Azlan dan
En. Apendi sedang mengacau bubur asyura sementara
En. Ibrahim dan En. Zarbani sedang menunggu giliran.

Penyediaan bahan-bahan asyura oleh kakitangan wanita,
semangat gotong-royong inilah yang kita perlukan untuk
menjayakan setiap aktiviti jabatan, syabas.........

Orang kuat JMG Kelantan...

Letih sangat ke sampaikan tak sedar diri tu..

Hati-hati kacau bubur tu Cik Nadia...

Acara memasukan bahan-bahan bubur Asyura
oleh Tuan Haji Mohamad , hati-hati panas tu..


Alaa nyanyi lagu apa pulak tu Shah?

Apa yang dipandang tu.... tak nampak api pun,
bila nak masak ni?

Penyediaan makan tengahari oleh kakitangan
wanita kita.... bestnya!


En. Zamri sorang je ke?

Masa pertukaran giliran dah sampai....

Di Sabah bubur asyura macam ni juga ke En. Umar?

Lambat lagi ni......

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
tapi kalau panas, macam ni laa...

Kacau betul-betul nanti berkerak pula.......

Sudip ni besar sangat laa .........

Kenapa tu.... tak cukup air ke?

Giliran Tuan Pengarah pula ambil bahagian....

Dah lama ni saya tak mengacau asyura ni, best juga ye.....

TP Geosains dan TP Sumber Mineral bergandingan
mengacau asyura, lambat lagi ke nak masak tu....

Tiada ulasan: