free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

30 Jun 2010

Lawatan TKP Operasi Ke JMG Kelantan


JMG KELANTAN 30 Jun- Pada hari ini JMG Kelantan berasa bersyukur kerana telah menerima lawatan daripada TKP Operasi, Tuan Haji Mohammed Hatta Bin Abdul Karim. Ketibaan beliau disambut oleh Tuan Pengarah, Timbalan-Timbalan Pengarah dan para pegawai JMG Kelantan. Bersempena dengan lawatan itu, satu perbincangan ringkas telah diadakan. Perbincangan tersebut berkisar tentang perkembangan projek pembangunan JMG Kelantan, perkongsian perkembangan semasa JMG Malaysia oleh TKP Operasi dan sedikit dialog. Pihak JMG Kelantan mengucapkan terima kasih di atas lawatan tersebut. Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang.

"Kecelaruan Mood"



Nota: Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih besar.

29 Jun 2010

Lawatan Kerjasama Antara Universiti Malaysia Kelantan (UMK) & JMG Kelantan


JMG KELANTAN 29 Jun- Pada 14 Jun 2010 yang lalu, pihak UMK telah mengadakan lawatan kerjasama ke Pejabat JMG Kelantan. Rombongan UMK yang seramai lima orang, diketuai oleh Prof. Dr. Hj. Ibrahim Che Omar (Dekan Fakulti Agro Industri & Sumber Asli). Sementara pihak JMG Kelantan diketuai oleh tuan Pengarah sendiri. Turut hadir adalah Timbalan-Timbalan Pengarah dan KUPM JMG Kelantan. Berikut adalah perkara-perkara yang menjadi topik perbincangan:
  • Pihak UMK ingin mendapat khidmat nasihat dan bantuan JMG dalam bidang geosains, peralatan kerja lapangan/makmal dan maklumat tempat-tempat yang sesuai untuk dijadikan kajian lapangan.
  • Memohon kerjasama pihak JMG untuk menjadi pensyarah jemputan dan memberi ceramah kepada pelajar di dalam kelas. Ceramah ini mengambil 10% daripada jumlah jam keseluruhan untuk setiap kursus dalam program Geosains, FASA.
  • Berbincang tentang ciri-ciri pelajar yang diperlukan oleh industri mineral.
  • Penyelidikan bersama.

Perbicangan yang bermula pukul 2.30 petang itu, berjalan sehingga pukul 4.30 petang dengan jayanya. Terima kasih kepada pihak UMK di atas kepercayaan yang diberikan kepada pihak JMG Malaysia.

Kelahiran Cahaya Mata En. Ahmad Naji


Diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Ahmad Naji Bin Nasir (Pembantu Kajibumi) dan isteri kerana telah dikurniakan cahaya mata pada 08/06/2010 (selasa) yang lalu. Bayi comel seberat 2.95kg itu diberikan nama Nur Amani Dania. Didoakan semoga anak tersebut akan memberikan cahaya ketenangan sekaligus penyejuk mata kepada keluarga dan umat keseluruhannya. Amin...

28 Jun 2010

Pekerja Contoh JMGKEL 2010 (Jan-Jun 2010)


JMG KELANTAN 28 Jun- Pihak Pengurusan JMG Kelantan telah memutuskan bahawa, Anugerah Pekerja Contoh akan diberikan kepada mana-mana pegawai dan kakitangan yang berjaya mempamerkan prestasi kerja cemerlang dengan kekerapan dua kali setahun. Bagi separuh tahun pertama (Jan-Jun 2010) anugerah ini telah berjaya disandang oleh En. Mohd. Rafee Bin Wook selaku Juruteknik (J17) di Unit Pengurusan Maklumat. Tuan Pengarah berbesar hati menyampaikan anugerah tersebut semasa Perhimpunan Bulanan yang telah diadakan pada 27 Jun 2010. Tahniah diucapkan kepada beliau!

14 Jun 2010

MESTI BELI & BACA!




Penerbit: Universiti Malaysia Sabah, 2010
(Siri Bimbingan Motivasi)

Tajuk: Membina Syurga Cinta
ISBN: 978-967-5224-51-5
Halaman: 213
Harga: RM65.00 RM35.00 Sahaja

Boleh diperolehi dari: Koperasi UMS, Pustaka Aslam Kingfisher atau terus berhubung dengan penulis.

Untuk pertanyaan: (email: saripadul@gmail.com) (HP: 013-8701881/014-8655453)

TAHNIAH KPD PENERIMA APC (JMG KELANTAN) BAGI TAHUN 2009!



1. HALIZA BINTI YUSUFF (JURUTEKNIK KANAN, J22)
2. AHMAD NAJI BIN NASIR (PEMBANTU KAJIBUMI, C17)
3. EMY HASRAN BIN A. RAHMAN (PEM. AM PEJABAT, N1)