free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

29 Jun 2010

Lawatan Kerjasama Antara Universiti Malaysia Kelantan (UMK) & JMG Kelantan


JMG KELANTAN 29 Jun- Pada 14 Jun 2010 yang lalu, pihak UMK telah mengadakan lawatan kerjasama ke Pejabat JMG Kelantan. Rombongan UMK yang seramai lima orang, diketuai oleh Prof. Dr. Hj. Ibrahim Che Omar (Dekan Fakulti Agro Industri & Sumber Asli). Sementara pihak JMG Kelantan diketuai oleh tuan Pengarah sendiri. Turut hadir adalah Timbalan-Timbalan Pengarah dan KUPM JMG Kelantan. Berikut adalah perkara-perkara yang menjadi topik perbincangan:
  • Pihak UMK ingin mendapat khidmat nasihat dan bantuan JMG dalam bidang geosains, peralatan kerja lapangan/makmal dan maklumat tempat-tempat yang sesuai untuk dijadikan kajian lapangan.
  • Memohon kerjasama pihak JMG untuk menjadi pensyarah jemputan dan memberi ceramah kepada pelajar di dalam kelas. Ceramah ini mengambil 10% daripada jumlah jam keseluruhan untuk setiap kursus dalam program Geosains, FASA.
  • Berbincang tentang ciri-ciri pelajar yang diperlukan oleh industri mineral.
  • Penyelidikan bersama.

Perbicangan yang bermula pukul 2.30 petang itu, berjalan sehingga pukul 4.30 petang dengan jayanya. Terima kasih kepada pihak UMK di atas kepercayaan yang diberikan kepada pihak JMG Malaysia.

Tiada ulasan: