free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

04 Februari 2010

Kelas Al-Quran Bil. 1/2010

Di atas inisiatif tuan Pengarah, kesediaan tenaga pengajar dan kesanggupan pegawai/kakitangan yang ingin belajar maka terzahirlah Kelas Al-Quran Bil. 1/2010, pada 31 Januari 2010 yang lalu di Bilik Mesyuarat Feldspar JMG Kelantan. Kelas ini akan diadakan setiap bulan dan terbuka kepada semua warga JMG Kelantan. Melakukan apa sahaja perkara kebaikan, memang banyak halangannya. Dua penghalang utama adalah nafsu kita sendiri dan syaitan. Sehubungan itu, diharapkan agar program yang baik ini dapat diteruskan berserta dengan pengelibatan yang memberangsangkan.

Inilah Tok Guru kami, Ust. En. Mohd. Apendi.
Beliau merupakan kakitangan JMG Kelantan.

En. Mohd. Apendi sedang menggunakan
ilmu khasyafnya untuk mengimbas sejauh mana penguasaan
staf terhadap pembacaan Al-Quran. Agaknya...

Proses pengajaran & pembelajaran sedang berjalan.

Pening ke Naji? Hehe...

Peserta muslimah sedang khusyuk dan
tawadhuk mendengar penerangan tenaga pengajar.

Siapa yang dah lupa, hah... Ini notanya.
Jangan lupa ulangkaji, jumpa lagi bulan depan.

1 ulasan:

Ma Gold Dor berkata...

Buke pening tu, koya bokali...