06 Disember 2010
HUKUM BULU KUCING
Namun menurut imam Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.
Binatang yang Tidak Halal Dimakan Dagingnya
Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing,monyet, musang dan sebagainya terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu binatang tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikian juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni al-Muhtaj, Kitab al-Taharah, Bab al-Najasah, jilid 1, halaman 115)
Hubungannya dengan Solat
Menurut hukum syarak, syarat sah solat itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang.
Oleh sebab itu, jika terdapat bulu binatang yang dihukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, jilid 1, halaman 175)
24 November 2010
Majlis Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2010
Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 22 Nov. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenal pasti sejumlah 6,133 penjawat awam bermasalah sepanjang tahun lalu, meningkat lebih 700 orang berbanding tahun sebelumnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, ia membabitkan tiga masalah utama iaitu disiplin, prestasi rendah dan kesihatan kronik.
"Selain itu, ia turut membabitkan masalah hubungan interpersonal dan psikologi di kalangan penjawat awam tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam 2010 di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, Dr. Aris Kasan. Pada majlis itu, seramai 3,583 orang yang merangkumi 16 kementerian, enam jabatan, lima Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan 11 agensi termasuk badan berkanun serta korporat menerima pentauliahan tersebut. ***
Sehubungan itu, Abu Bakar berkata, Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (Akrab) boleh memainkan peranan yang penting dalam membentuk perkhidmatan awam yang berdisiplin dan berintergriti.
"Rakan pembimbing perlu mempamerkan diri mereka sebagai contoh kepada rakan sekerja yang lain dengan mengamalkan nilai-nilai positif dan menunjukkan tingkah laku yang boleh dicontohi.
"Perlu diingatkan bahawa rakan pembimbing diwujudkan atas semangat 'rakan membantu rakan' dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban, keharmonian dan saling menghormati potensi diri masing-masing," katanya.
Dalam ucapan yang sama, beliau mencadangkan agar Bahagian Pengurusan Psikologi mengembangkan lagi peranan Akrab kepada pengamalan Buddy System.
Ini kerana, tambah beliau, sistem itu bukan hanya membantu rakan dalam menangani masalah tertentu tetapi sentiasa mengambil tahu dan mengikuti perkembangan rakan terbabit yang berkaitan dengan pekerjaan dan hal-hal peribadi.
"Ia sejajar dengan fitrah manusia yang sentiasa mahu diri disayangi dan dihargai, justeru konsep ini sememangnya terdapat dalam sistem itu," katanya.
*** TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA WARGA JMG KELANTAN; EN. AB RASHID BIN AHMAD (TIMB. PENGARAH GEOSAINS), PN. AZLIYAH BTE CHE LONG (PEN. PEG. TADBIR) & EN. MUHAMMAD UMAR BIN SARIMAL (KUPM) KERANA BERJAYA DITAULIAHKAN SEBAGAI AHLI AKRAB. TIDAK DILUPAKAN AHLI-AHLI AKRAB DARI JMG NEGERI/JABATAN YANG LAIN. SEMOGA AKRAB JMG KHASNYA DAN NRE AMNYA AKAN LEBIH PERKASA LAGI SELEPAS INI. INSYA-ALLAH!
03 November 2010
Kerja lapangan bersama pelajar UMK
Satu kerja lapangan yang melibatkan pelajar geologi tahun 2 Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah diadakan disekitar kawasan Aring dan Kawasan Lojing, Gua Musang pada 22 dan 23 Oktober 2010. Kerja lapangan tersebut telah dianjurkan oleh Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli di bawah Program Geosains (FASA) dengan bantuan dari JMG Kelantan, selaras dengan kerjasama antara UMK dan JMG Kelantan. Sebagai maklumat, UMK telah menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains).Kerja lapangan tersebut telah diatur oleh wakil dari JMG Kelantan iaitu Ahmad Rosli Othman melibatkan 6 hentian, 2 lokasi di Aring dan 4 lokasi di sepanjang jalanraya Lojing-G.Musang. Tujuan kerja lapangan ini adalah untuk memberikan pendedahkan kepada pelajar mengenai jenis-jenis batuan, formasi-formasi batuan dan fosil-fosil yang terkandung dalam batuan. Difahamkan bahawa ini adalah kerja lapangan pertama seumpamanya bagi pelajar tersebut di mana sebelum ini kerja lapangan mereka hanyalah melibatkan lawatan ke muzium-muzium atau lawatan ke IPTA. Oleh itu kerja lapangan ini serba sedikit dapat memberi gambaran mengenai kerja-kerja sebenar ahli geologi di lapangan, tidak hanya menerima sahaja pembelajaran dari kuliah-kuliah yang diadakan di kampus.
Klik sini untuk mendapatkan buku panduan kerja lapangan tersebut.
21 Oktober 2010
Bolasepak Pantai, Hari Keluarga JMG Klate
Hijau: Kawe nok sutir gol jah... tok sir banyok2...
Biru: Kalau dok gol ni... mau kena makan pasir ni..
HARI KELUARGA JMG KELANTAN 2010
PADA 15-16 OKTOBER 2010
DI SWEET BEACH RESORT, TOK BALI
PASIR PUTIH, KELANTAN
beliau.
sedang menyampaikan ucapan.
beliau ialah En. Mohd. Lazim Mohamed,
Pengerusi Majlis Perasmian.
warga JMG Kelantan yang mendapat keputusan cemerlang
dalam peperiksaan.
En. Ahmad Naji Nasir, sedang mengacarakan aktivitisukaneka.
baru JMG Kelantan.
Tuan Pengarah.
hamper kepada warga JMG Kelantan dan keluarga.
pemenang acara sukaneka bagi kategori kanak-kanak.
gayanya, mereka tidak sabar `mengenakan` suami
masing-masing.
tersebut.
jaringan emas.
muda dan botol air mineral sebagai pinnya.
Acara hulahu kategori wanita dewasa. Kelihatan
Cik Ropidah (tudung putih) sedang berjuang hingga pusingan
yang terakhir. Acara memasukkan air ke dalam botol dengan
menggunakan span bagi kategori kanak-kanak. Acara lari dalam guni bagi kategori kanak-kanak.
Acara lari dalam guni bagi kategori lelaki dewasa.
Nampaknya En. AlMahusin Awg. Lah (baju merah tanpa topi)
sedang berusaha memintas En. Ahmad Rosli Othman
(baju coklat bertopi)
ibu tidak jemu-jemu memberikan sorakan kepada anak-
anak mereka.
untuk acara susun bata.
SECARA KESELURUHANNYA, PROGRAM SAMBUTAN HARI KELUARGA PADA TAHUN INI ADALAH BERJAYA DAN BERJALAN DENGAN LANCAR. KEMERIAHANNYA SUKAR DIGAMBARKAN DENGAN KATA-KATA. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA URUSETIA SAMBUTAN DI ATAS KEJAYAAN TERSEBUT. TIDAK DILUPAKAN KEPADA WARGA JMG KELANTAN YANG LAIN DAN KELUARGA YANG TELAH MEMBERIKAN KERJASAMA PADU SEPANJANG PROGRAM TERSEBUT BERLANGSUNG. SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERKATI SEGALANYA...
17 Oktober 2010
Rebut gula-gula anak2 kakitangan JMG Klate
06 Oktober 2010
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat JMG Kelantan
Pada 26 September 2010 bersamaan 17 Syawal 1431H yang lalu, satu sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat JMG Kelantan telah dilangsungkan, sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Sambutan yang amat bermakna itu telah diadakan di Tingkat 3, Pejabat JMG Kelantan. Selain warga JMG Kelantan, pegawai dan kakitangan daripada jabatan bersebelahan juga telah dijemput bagi menjamu selera seterusnya memeriahkan sambutan tersebut. Mudah-mudahan sambutan seumpama ini dapat mengeratkan ikatan persaudaraan sesama warga JMG Kelantan khasnya dan warga Wisma Persekutuan Kota Bharu amnya, di bawah lembayung keredhaan Allah s.w.t. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin...
06 September 2010
Pameran Sempena Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kilang Air Mineral
PEMBINAAN KILANG AIR MINERAL
DI BATU MELINTANG JELI, KELANTAN
PADA 01 SEPTEMBER 2010
Kelantan.
berkaitan yang hadir.
bahan-bahan pameran. Pasukan kerja pameran pada
kali ini diketuai oleh En. Amir Mizwan bin Mohd. Akhir.
tentang 1 sampel batuan kepada YAB. Menteri Besar
Kelantan.
