free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

03 September 2015

PENGUBAHSUAIAN PEJABAT JMG KELANTAN

Assalamualaikum semua, untuk makluman pejabat JMG Kelantan kini dalam kerja-kerja pengubahsuaian. Kerja-kerja ini melibatkan keseluruhan ruangan pejabat.

Segala kesulitan pelawat dan kakitangan untuk berurusan dengan Jabatan ini amatlah dikesali.


Kerja-kerja Pengubahsuaian ini dijangka akan berakhir pada awal bulan Oktober 2015.

Foto 1 : Pembahagian bilik Pegawai

Foto 2 : Pembahagian bilik Pegawai
Foto 3 : Pembahagian bilik Pegawai
Foto 4 : Pembahagian bilik Pegawai
Foto 5 : Ruangan Kaunter Khidmat Pelanggan
Foto 6 : Pengubahsuaian Ruangan Bilik PRA kepada Bilik Mesyuarat
Foto 7 : Keadaan Bilik Server dan Bilik Fail

13 Ogos 2015

SAMBUTAN RAYA BERPUSAT PERINGKAT WISMA PERSEKUTUAN KOTA BHARU TAHUN 2015


09 Ogos 2015 bersamaan 24 Syawal 1436H (Ahad). Kelab Wisma Persekutuan Kota Bharu telah menganjurkan Sambutan Raya Berpusat peringkat Wisma Persekutuan Kota Bharu tahun 2015 di perkarangan WPKB dengan tema Sambutan "Silaturahim Ke Arah Perpaduan".

foto 1 : Ahli J/Kuasa Sambutan Aidilfitri
Peringkat WPKB 2015


Semua Jabatan Persekutuan bekerjasama menyumbang dan memberi komitmen bagi melancarkan sambutan tersebut. Setiap Jabatan telah diberikan tugasan dan menu masing-masing untuk dilaksanakan. Sebanyak 22 Jabatan telah terlibat dalam menjayakan sambutan ini. Antara menunya adalah seperti satay, kueh tiaw goreng, mee goreng, ketupat, nasi dagang, tapai, buah-buahan, nasi goreng, ikan bakar, roti canai, air sirap dan kambing bakar.

10 Ogos 2015

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL JMGKEL VS JPN KELANTAN

TARIKH : 7.8.2015 (Jumaat)
MASA : 9.00 mlm

Satu Perlawanan Futsal Persahabatan di antara JMG KELANTAN VS JPN KELANTAN telah diadakan bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim Kelab Sukan & Kebajikan JMG dengan jabatan-jabatan kerajaan serta badan NGO lainnya.

Perlawanan ini telah diadakan di H25 BAYAM FUTSAL & FITNESS ROOM dan program ini disumbang oleh Pegarah JMG Kel (En. Hj Mohd Nazan bin Awang) untuk menjayakan program tersebut.

Pada masa akan datang, Kelab Sukan & Kebajikan JMG akan mengaturkan seberapa banyak perlawanan lain dengan Kelab Jabatan-Jabatan Kerajaan & NGO sekitar Negeri Kelantan.
Insyaalah...



Majulah sukan untuk negara


info dari zarbani@jmg

Foto 1 : Papan Tanda Lokasi Futsal
Foto 2 : Ketika Perlawanan sedang berlangsung
Foto 3 : Sesi Bergambar antara Pemain JMG Kelantan & JPN Kelantan

28 Mei 2014

Hari Kecergasan Warga JMG Kelantan

Alhamdulillah.. Berjaya juga program hari ini iaitu 28 Mei 2014 berkebetulan dengan peristiwa isra' mikraj, JMG Kelantan telah mengadakan Program kecergasan dan Perhimpunan bulanan bil.5/2014 luar dari Perkarangan Wisma Persekutuan..
Terima kasih kepada warga JMG Kelantan yang memberi sokongan dengan program yang di adakan dimana yang sanggup berjalan kaki dari Wisma Persekutuan ke Dewan Gelanggang Seni. Pengorbanan kalian semua amat kami hargai.


 

17 Februari 2014

Pembentangan Kertas Kerja Pelajar Latihan Industri

Isnin, 17 Febuari 2014 satu majlis pembentangan kertas kerja pelajar industri telah diadakan di bilik mesyuarat feldspar, JMG Kelantan sempena tamatnya sesi latihan industri kepada Cik Amalia Batrisyia bt Azman dari UiTM Perlis mengambil jurusan GIS.

Disamping itu diselitkan juga dengan pembentangan dua orang pelajar industri Muhammad Luqman Hakim bin Mohd Lizan (UMK-Sains Bumi) dan Muhammad Fakhri bin Abu Bakar (UMK-GeoSains) berkenaan bidang yang dipelajari.





Diakhir perbentangan, pengarah JMg Kelantan menyampaikan sijil Penamatan Latihn Industri kepada Amalia Batrisyia bt Azman.

09 Februari 2014

Majlis Bacaan Surah Yassin bil 2/2014 JMG Kelantan

09 Febuari 2014 bersamaan 09 RabiulAkhir 1435H (Ahad) - Alhamdulillah, berjaya sudah majlis bacaan yasiin pada pagi ini dengan dihadiri seramai 28 orang kakitangan JMG. Semoga majlis pagi ini diberkati dah dirahmati hendaknya.. Amin.

Terima kasih kepada yang memberi sumbangan dari segi wang/makanan. Sumbangan kalian amat kami hargai..

05 Januari 2014

Program bacaan surah yasin BIL 1/2014 JMG Kelantan

Hari ini, 5 Januari 2014 (Ahad) Satu program bacaan Yasin telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.. Terima kasih kepada semua kakitangan yang telah menjayakan program ini.. 

Dengan harapan, program ini akan berterusan hingga ke akhir tahun dan diteruskan ke tahun-tahun hadapan.

Tidak lupa juga terima kasih kepada kakitangan yang sudi membawa sumbangan makanan untuk majlis ini.

14 Ogos 2013

Gotong-Royong Membakar Lemang sempena Aidilfitri

Pada 6 Ogos 2013 - Sebahagian daripada kakitangan lelaki JMG Kelantan telah sepakat telah berganding bahu bekerjasama membakar lemang di perkarangan rumah salah seorang kakitangan JMG Kelantan juga.. terima kasih diucapkan kepada tuan rumah. Sebanyak 20kg beras berjaya dibakar pada hari tersebut dan 6 ekor ayam untuk rendang hanya dengan kutipan sebanyak RM30/seorang.. aktiviti ini hanyalah sekadar suka-suka sahaja dan tidak rasmi pun..
Sekian.. wassalam..

SELAMaT hARI rAYa aIdIL fiTri,
MaAF ZAHir & bATiN.
AnDAI ADa sAlAH dAN sILAp..