free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

13 Ogos 2015

SAMBUTAN RAYA BERPUSAT PERINGKAT WISMA PERSEKUTUAN KOTA BHARU TAHUN 2015


09 Ogos 2015 bersamaan 24 Syawal 1436H (Ahad). Kelab Wisma Persekutuan Kota Bharu telah menganjurkan Sambutan Raya Berpusat peringkat Wisma Persekutuan Kota Bharu tahun 2015 di perkarangan WPKB dengan tema Sambutan "Silaturahim Ke Arah Perpaduan".

foto 1 : Ahli J/Kuasa Sambutan Aidilfitri
Peringkat WPKB 2015


Semua Jabatan Persekutuan bekerjasama menyumbang dan memberi komitmen bagi melancarkan sambutan tersebut. Setiap Jabatan telah diberikan tugasan dan menu masing-masing untuk dilaksanakan. Sebanyak 22 Jabatan telah terlibat dalam menjayakan sambutan ini. Antara menunya adalah seperti satay, kueh tiaw goreng, mee goreng, ketupat, nasi dagang, tapai, buah-buahan, nasi goreng, ikan bakar, roti canai, air sirap dan kambing bakar.


foto 3 : Sambutan Pengunjung ke
Khemah JMG
foto 2 : Kerjasama AJK














foto 5 : kemeriahan sambutan di khemah JMG




foto 4 : Chef Azlan



















Majlis bermula adalah pada jam 11.30 pagi dengan ketibaan YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan sambutan meriah oleh warga Wisma Persekutuan. Ucapan alu-aluan oleh YDP Kelab Wisma membuka acara majlis, diikuti dengan ucapan YBhg Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha dan seterusnya ucapan perasmian oleh YB Dato' Seri Mustapa Mohamed. Semua tetamu kehormat bersama-sama warga Wisma Persekutuan kemuadiannya bersama-sama menikmati hidangan yang telah disediakan. Selain itu,  agihan duit raya kepada kanak-kanak yang berusia bawah 12 tahun dan diselang-selikan dengan cabutan bertuah.

JMG Kelantan telah ditugaskan untuk menyediakan hidangan KUEY TEOW GORENG.  Untuk sambutan tahun ini, AJK Sambutan Raya JMG Kelantan telah diketuai En. Mohamed Asri dan dibantu oleh 8 kakitangan JMG Kelantan. Keenakan kuetiau goreng air tangan 'Chef' Azlan Che Daud menyebabkan gerai JMG Kelantan mendapat sambutan yang luar biasa daripada pengunjung. Sehingga akhir majlis sebanyak 34kg kuey teow habis dimasak dan dihidangkan kepada semua hadirin yang datang.

JMG juga telah mendapat tempat ke-8 dari 10 Gerai yang terbaik dalam sesi pemilihan hiasan gerai terbaik.

Terima kasih diucapkan kepada semua AJK Sambutan Raya WPKB Tahun 2015 atas kerjasama yang diberikan dan tidak lupa juga kepada Pelajar Industri yang terlibat iaitu Nik Nur Izzati (UNIMAS) &  Anna Anissa Salwani (UiTM Arau).

foto 6 : Antara Menu Sambutan Raya 
foto 7 : Antara Menu Sambutan Raya
foto 8 : Antara Menu Sambutan Raya
foto 9 : Antara Menu Sambutan Raya

foto 10 : Penyediaan Bahan Masakan
foto 11 : Lawatan Pengarah JMGKEL ke Khemah JMG

foto 12 : Hamper yang dimenangi

Tiada ulasan: