free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

13 Ogos 2015

SAMBUTAN RAYA BERPUSAT PERINGKAT WISMA PERSEKUTUAN KOTA BHARU TAHUN 2015


09 Ogos 2015 bersamaan 24 Syawal 1436H (Ahad). Kelab Wisma Persekutuan Kota Bharu telah menganjurkan Sambutan Raya Berpusat peringkat Wisma Persekutuan Kota Bharu tahun 2015 di perkarangan WPKB dengan tema Sambutan "Silaturahim Ke Arah Perpaduan".

foto 1 : Ahli J/Kuasa Sambutan Aidilfitri
Peringkat WPKB 2015


Semua Jabatan Persekutuan bekerjasama menyumbang dan memberi komitmen bagi melancarkan sambutan tersebut. Setiap Jabatan telah diberikan tugasan dan menu masing-masing untuk dilaksanakan. Sebanyak 22 Jabatan telah terlibat dalam menjayakan sambutan ini. Antara menunya adalah seperti satay, kueh tiaw goreng, mee goreng, ketupat, nasi dagang, tapai, buah-buahan, nasi goreng, ikan bakar, roti canai, air sirap dan kambing bakar.

10 Ogos 2015

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL JMGKEL VS JPN KELANTAN

TARIKH : 7.8.2015 (Jumaat)
MASA : 9.00 mlm

Satu Perlawanan Futsal Persahabatan di antara JMG KELANTAN VS JPN KELANTAN telah diadakan bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim Kelab Sukan & Kebajikan JMG dengan jabatan-jabatan kerajaan serta badan NGO lainnya.

Perlawanan ini telah diadakan di H25 BAYAM FUTSAL & FITNESS ROOM dan program ini disumbang oleh Pegarah JMG Kel (En. Hj Mohd Nazan bin Awang) untuk menjayakan program tersebut.

Pada masa akan datang, Kelab Sukan & Kebajikan JMG akan mengaturkan seberapa banyak perlawanan lain dengan Kelab Jabatan-Jabatan Kerajaan & NGO sekitar Negeri Kelantan.
Insyaalah...



Majulah sukan untuk negara


info dari zarbani@jmg

Foto 1 : Papan Tanda Lokasi Futsal
Foto 2 : Ketika Perlawanan sedang berlangsung
Foto 3 : Sesi Bergambar antara Pemain JMG Kelantan & JPN Kelantan