free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

07 Julai 2010

Program AKRAB Di JMG Kelantan

Pengarah, Tn. Hj. Mohd Badarudin Hasan (kiri) sedang
menyampaikan sijil penghargaan kepada tuan penceramah,
En. Mohd Zulkiflee Che Soh (KPP/Pengerusi AKRAB NRE)

Tajuk ceramah yang disampaikan ialah, "Membina
Organisasi Cemerlang"

Antara warga JMG Kelantan yang sempat menghadirkan
diri ke Program AKRAB


JMG KELANTAN 08 Julai- Pada hari kelmarin, satu Program AKRAB berbentuk ceramah telah diadakan di JMG Kelantan. Program yang dibuat di Bilik Mesyuarat Feldspar itu telah dihadiri lebih 90 peratus warga JMG Kelantan. Penceramah yang dijemput adalah En. Mohd Zulkiflee Che Soh selaku KPP (Unit GIS & Kartografi, Ibu Pejabat JMG) merangkap Pengerusi AKRAB Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar. Semoga ceramah bertajuk, "Membina Organisasi Cemerlang" yang disampaikan itu bisa mendatangkan manfaat kepada peserta, sekaligus menyumbang kepada usaha pemerkasaan JMG Kelantan. Syabas kepada semua yang terlibat!

Tiada ulasan: