free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

19 April 2010

MINUMAN RINGAN MEROSAKKAN HATI


Satu kajian yang dilakukan terhadap haiwan mendapati bahawa minuman ringan yang mengandungi kandungan gula yang berlebihan boleh memudaratkan hati. Ujian kesan kandungan gula dalam minuman ini dilakukan terhadap hati tikus. Manakala satu kumpulan lain melakukan ujian terhadap minuman yang mengandungi pemanis tiruan.


Pemeriksaan terhadap hati tikus menunjukkan berlaku peningkatan kepada masaalah penyakit hati, khususnya tikus yang diberikan minuman yang mengandungi gula yang dikenali sebagai fruktos. Pengambilan fruktos yang tinggi memberikan kesan lansung kepada hati, dan seterusnya menyebabkan kerosakan apabila diambil secara berlebih-lebihan.

Penyakit Non-Alcoholic Fatty Liver Disease (NAFLD)mempunyai kaitan dengan pengambilan minuman ringan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi seperti sirap fruktos dan sukrosa. Oleh itu salah satu daripada kaedah mengelakkan daripada kemudaratan ini berlaku ialah mengurangkan pengambilan minuman ringan. Minuman ringan merupakan punca utama bagi kalori. Ia juga penyebab utama bagi epidemik obesiti.

Banyak penyakit yang disebabkan oleh keadaan ini, antaranya osteoporosis, diabetes dan kanser. Jangan sekali-kali menyangka pemanis tiruan dalam minuman soda diet merupakan penyelamat bagi mereka yang menghadapi masaalah kencing manis. Walaupun ia mungkin mempunyai kaitan dengan kajian yang dilakukan terhadap hati tikus, tetapi ia boleh menyebabkan penyakit lain pula. Justeru, apa yang perlu dilakukan untuk menjaga kesihatan diri daripada masaalah penyakit ialah dengan meminum air kosong.

Tiada ulasan: