free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

31 Disember 2009

KENANGAN DI RHT

Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd (RHT) merupakan sebuah syarikat perlombongan timah yang terletak di Gunung Paku, Klian Intan, Perak. Gunung Paku ini dibatasi oleh dua sesar utama iaitu Sesar Intan 1 dan Sesar Intan 2 pada arah utara-selatan. Geologist di sini ditugaskan di unit "grade control" dan aktiviti penjelajahan. Kadang-kadang bila ramai yang berhenti kerja (tak tahan tekanan), geologist pun kena buat kerja "mining processing", "tailing discharge calculating" dan macam-macam lagi. Itu yang merunsingkan, tambah-tambah dengan keadaan tempat kerja yang panas terik boleh buat geologist pengsan sorang2. Sebelum meninggalkan RHT, pernah ditugaskan dalam aktiviti penggerudian dengan kaedah balikan (reverse circulation drilling). Kerja2 dilakukan dalam masa 3 bulan meliputi 70 lubang gerudi dengan kedalaman purata 150 meter. Geologist RHT dan geologist Koba Tin, Indonesia berganding bahu bersama driller daripada Australia dan dibantu oleh staf seramai 20 orang. Geologist bertindak dalam memantau kedalaman lubang gerudi dan logging sampel.

Kerja-kerja penggerudian sedang dijalankan

Waktu kerja tengah panas pun boleh makan durian
Contoh sampel kasiterit di RHT

Waktu lapang ditugaskan bawa student UM jalan2.

Setelah penat bekerja, masa menjamu selera.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ooo atas puncak bukit ada doyan ker..?

Tanpa Nama berkata...

kenangan siapa nih... tak jelas!!!

Haliza berkata...

kenapa gambar kakitangan lain tak ada?