1 Jun 2016, Lawatan kerja oleh Tim Menteri NRE YB Ir. Dato Hanim
Samuri dan KP Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato Wira Wan Mohd Nor Wan
Ibrahim ke taapak kebakaran gambut di Beris Lalang, Bachok Kelantan
11 Ogos 2016
21 Januari 2016
LAWATAN PENGARAH JMG KELANTAN KE TAPAK TELAGA TIUB JKR KEMUBU, KELANTAN
19 Januari 2016, Pengarah JMG Kelantan (Tuan Haji Nazan Bin Awang) telah turun padang bersama-sama Ketua Unit Geosains (Yusuf B. Bujang), Ketua Unit Pengurusan Maklumat ( Mohamad Yusof B Che Sulaiman), dan dua orang Pembantu Geosains iaitu Shahrilnnizam Samsudin dan Junor Yaacob.
Tujuan lawatan ke Loji Rawatan Air adalah untuk mengenalpasti tapak cadangan Telaga Explorasi Air Tanah. Telaga Explorasi digunakan untuk menentukan kedudukan lokasi pembinaan Telaga Tiub bagi membekalkan air ke Loji Rawatan air di Kemubu. Lawatan susulan akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Tuan Pengarah turut dibantu oleh Penolong Jurutera, Encik Nik Abdullah Nik Mud dan Wan Noor Sazwanie Wan Mustafar dari JKR Unit Tentera Kelantan.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"ISLAM DIMARTABAT, RAJA DIDAULAT, NEGERI BERKAT, RAKYAT SELAMAT"
18 Januari 2016
MESYUARAT PENILAIAN DAN COSTING KAWASAN KAJIAN AIRBORNE GEOFIZIK DI WILAYAH ECER
Tarikh: 13-14 hb. Januari 2016
Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang.
Tempat: JMG Kelantan.
Kehadiran:
1) Tn. Hj. Mohd Zukeri Bin
Ab.Ghani (Pengerusi; Pengarah JMG Ter)
2) Tn. Hj.Mustaffa Bin
Hamzah, (Pengarah JMG Sabah)
3) En. John Joseph Jinap, (Pegawai
Geosains JMG Kelantan)
4) En. Suhaimizi Bin Yusof,
(Kupm JMG Terengganu)
5) En. Zaki Bin Alias, (Pegawai
Geosains JMG Pahang)
6) En. Mohamed Asri Omar (Pegawai
Geosains JMG Kelantan)
AGENDA:
1. Membincangkan kawasan
untuk Penilaian Kajian Airborne Geofizik yang akan
dilakukan pada 2016 oleh JMG.
dilakukan pada 2016 oleh JMG.
2. Membuat penilaian
berdasarkan:
i) Kewujudan
lombong & bekas lombong,
ii) Anomali
pelbagai unsur,
iii) Kos setiap
jaluran terbang dan kos keseluruhan penerbangan (airborne)
iv) Jarak
penerbangan
v) Jarak antara
jalur penerbangan yang optimum
vi) Kaedah
kajian geofizik yang digunakan
vii) Kewujudan
batuan igneus yang berpotensi
viii)
Kawasan yang tidak disentuh (Taman Negara, Berair)
Sekian, terima kasih.
03 September 2015
FUTSAL JMGKEL VS JAKOA KELANTAN
Assalamualaikum semua....
Bersukan lagi ahli kelab KSK JMGKEL. Perlawanan persahabatan kali ini adalah bersama JABATAN ORANG ASLI KELANTAN.
TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL ORBIT TIONG.
TARIKH : 2 September 2015 ( Rabu mlm Khamis)
MASA : 9.00 MLM
Majulah Sukan Untuk Negara
Badan Sihat kerjaya Terpelihara
PENGUBAHSUAIAN PEJABAT JMG KELANTAN
Assalamualaikum semua, untuk makluman pejabat JMG Kelantan kini dalam kerja-kerja pengubahsuaian. Kerja-kerja ini melibatkan keseluruhan ruangan pejabat.
Segala kesulitan pelawat dan kakitangan untuk berurusan dengan Jabatan ini amatlah dikesali.
Kerja-kerja Pengubahsuaian ini dijangka akan berakhir pada awal bulan Oktober 2015.
Segala kesulitan pelawat dan kakitangan untuk berurusan dengan Jabatan ini amatlah dikesali.
Kerja-kerja Pengubahsuaian ini dijangka akan berakhir pada awal bulan Oktober 2015.
![]() |
Foto 1 : Pembahagian bilik Pegawai |
![]() |
Foto 2 : Pembahagian bilik Pegawai |
![]() |
Foto 3 : Pembahagian bilik Pegawai |
![]() |
Foto 4 : Pembahagian bilik Pegawai |
![]() |
Foto 5 : Ruangan Kaunter Khidmat Pelanggan |
![]() |
Foto 6 : Pengubahsuaian Ruangan Bilik PRA kepada Bilik Mesyuarat |
![]() |
Foto 7 : Keadaan Bilik Server dan Bilik Fail |
13 Ogos 2015
SAMBUTAN RAYA BERPUSAT PERINGKAT WISMA PERSEKUTUAN KOTA BHARU TAHUN 2015
09 Ogos 2015 bersamaan 24 Syawal 1436H (Ahad). Kelab Wisma Persekutuan Kota Bharu telah menganjurkan Sambutan Raya Berpusat peringkat Wisma Persekutuan Kota Bharu tahun 2015 di perkarangan WPKB dengan tema Sambutan "Silaturahim Ke Arah Perpaduan".
Semua Jabatan Persekutuan bekerjasama menyumbang dan memberi komitmen bagi melancarkan sambutan tersebut. Setiap Jabatan telah diberikan tugasan dan menu masing-masing untuk dilaksanakan. Sebanyak 22 Jabatan telah terlibat dalam menjayakan sambutan ini. Antara menunya adalah seperti satay, kueh tiaw goreng, mee goreng, ketupat, nasi dagang, tapai, buah-buahan, nasi goreng, ikan bakar, roti canai, air sirap dan kambing bakar.
10 Ogos 2015
PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL JMGKEL VS JPN KELANTAN
TARIKH : 7.8.2015 (Jumaat)
MASA : 9.00 mlm
MASA : 9.00 mlm
Satu Perlawanan Futsal Persahabatan di antara JMG KELANTAN VS JPN KELANTAN telah diadakan bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim Kelab Sukan & Kebajikan JMG dengan jabatan-jabatan kerajaan serta badan NGO lainnya.
Perlawanan ini telah diadakan di H25 BAYAM FUTSAL & FITNESS ROOM dan program ini disumbang oleh Pegarah JMG Kel (En. Hj Mohd Nazan bin Awang) untuk menjayakan program tersebut.
Pada masa akan datang, Kelab Sukan & Kebajikan JMG akan mengaturkan seberapa banyak perlawanan lain dengan Kelab Jabatan-Jabatan Kerajaan & NGO sekitar Negeri Kelantan.
Insyaalah...
Majulah sukan untuk negara
info dari zarbani@jmg
![]() |
Foto 1 : Papan Tanda Lokasi Futsal |
![]() |
Foto 2 : Ketika Perlawanan sedang berlangsung |
![]() |
Foto 3 : Sesi Bergambar antara Pemain JMG Kelantan & JPN Kelantan |
28 Mei 2014
Hari Kecergasan Warga JMG Kelantan
Alhamdulillah.. Berjaya juga program hari ini iaitu 28 Mei 2014 berkebetulan dengan peristiwa isra' mikraj, JMG Kelantan telah mengadakan Program kecergasan dan Perhimpunan bulanan bil.5/2014 luar dari Perkarangan Wisma Persekutuan..
Terima kasih kepada warga JMG Kelantan yang memberi sokongan dengan program yang di adakan dimana yang sanggup berjalan kaki dari Wisma Persekutuan ke Dewan Gelanggang Seni. Pengorbanan kalian semua amat kami hargai.
Terima kasih kepada warga JMG Kelantan yang memberi sokongan dengan program yang di adakan dimana yang sanggup berjalan kaki dari Wisma Persekutuan ke Dewan Gelanggang Seni. Pengorbanan kalian semua amat kami hargai.
Langgan:
Catatan (Atom)