JMG KELANTAN, 28 September (Rabu) - Pada hari ini JMG Kelantan telah dilawati oleh TKP Operasi, Tuan Haji Mohammed Hatta Bin Abdul Karim; Pengarah Pelaksana & Penyelarasan Operasi (PPO), Tuan Haji Wahid Bin Abdul Rahman bersama Ketua Penolong Pengarah Unit Aplikasi GIS & Kartografi, Tuan Haji Mohd Zulkiflee Bin Che Soh. Ketibaan mereka disambut oleh Tuan Pengarah, Timbalan-Timbalan Pengarah dan para pegawai JMG Kelantan. Bersempena dengan lawatan itu, satu perbincangan ringkas telah diadakan di Dewan Gunasama Wisma Persekutuan. Perbincangan tersebut berkisar tentang perkembangan projek pembangunan JMG Kelantan, perkongsian perkembangan semasa JMG Malaysia oleh TKP Operasi dan dialog bersama warga JMG Kelantan.
|
Detik-detik ketika berada di dalam Bilik Mesyuarat Gunasama, Wisma Persekutuan |
|
|
Jamuan makan tengahari dan pemantauan ke setiap unit oleh TKP (Operasi), Pengarah PPO dan Tuan Haji Mohd Zulkiflee, dimulai dengan Unit Pengurusan Maklumat. |
|
Lawatan ke Loji Air Wakaf Bharu |
|
Meninjau Tapak Telaga Tiub di Beoh, Bachok |
|
Melawat tapak bangunan Pejabat JMG Kelantan baru di Tunjong |
Pihak JMG Kelantan mengucapkan terima kasih di atas lawatan tersebut. Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan