Gambar menunjukkan kerja menyukat paras air tanah yang merupakan antara kerja-kerja rutin aktiviti Hidrogeologi unit Geosains JMG Kelantan. Kelihatan dalam gambar adalah Pn. Suzannah (telah berpindah ke JMG Perak) dan Hj. Othman (telah bersara pada 2005).07 Januari 2010
Menyukat paras air tanah
Gambar menunjukkan kerja menyukat paras air tanah yang merupakan antara kerja-kerja rutin aktiviti Hidrogeologi unit Geosains JMG Kelantan. Kelihatan dalam gambar adalah Pn. Suzannah (telah berpindah ke JMG Perak) dan Hj. Othman (telah bersara pada 2005).06 Januari 2010
Lawatan Y.Bhg Dato` KP JMG Ke JMG Kelantan
Pada 17-19 Mac 2009, JMG Kelantan terpilih sebagai tuan rumah bagi Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri. Sehari sebelum mesyuarat tersebut bermula iaitu pada 16 Mac 2009, Y.Bhg Dato` KP dan rombongan telah mengadakan lawatan ke Pejabat JMG Kelantan. Berikut disertakan gambar-gambar yang berkaitan.

Dari atas:
1. Tuan Pengarah JMG Kelantan (barisan depan, 1 dari kanan) kelihatan bergambar bersama Y.Bhg Dato` KP dan barisan Pengurusan Tertinggi yang lain.
2. Tuan Pengarah JMG Kelantan (barisan depan, 3 dari kiri) kelihatan bergambar bersama Pengarah PPO, Tn. Hj. Wahid Abd. Rahman dan pengarah/wakil negeri lain.
3. Y.Bhg Dato' KP (kiri) dan TKP (Operasi) sedang tersenyum.
4. Kelihatan Tuan Pengarah, TPSM, TPGS, Pn. Haliza dan Pn. Maimon juga turut tersenyum. Hanya mereka yang tahu kenapa?
5. TPGS sedang menerangkan sesuatu kepada sidang mesyuarat.
6. Sebahagian pegawai/kakitangan JMG Kelantan yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut.
04 Januari 2010
Foto Kenangan 1
03 Januari 2010
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA & LAMBAIAN MERDEKA 2009
Pada tanggal 19 Oktober 2009M/30 Syawal 1430H yang lalu, satu sambutan Hari Raya & Lambaian Merdeka telah diadakan di perkarangan Wisma Persekutuan, Kota Bharu, Kelantan. Majlis tersebut dirasmikan oleh Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Malaysia. JMG Kelantan tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian. Berikut saya sertakan beberapa keping gambar yang saya fikir boleh menceritakan suasana majlis.
Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (tengah) sedang berdiri menyanyikan lagu Negaraku.
Bergambar di depan gerai JMG Kelantan, sementara menunggu ketibaan tetamu-tetamu kehormat.
TPGS sedang asyik mengambil kuah laksa sambil diperhatikan oleh Tuan Pengarah.
Masa untuk menjamu selera.
Pemain muzik iringan persembahan silat.
Persembahan silat berjaya mempersona hadirin.
Syabas kepada AJK Jamuan JMG Kelantan yang bertungkus lumus menyediakan juadah.
Bergambar setelah majlis selesai dilaksanakan dengan jayanya.
01 Januari 2010
JMG Untuk Semua!
Nota: Video ini adalah petikan perutusan Ketua Pengarah JMG Malaysia, sempena Hari Inovasi 2009. Untuk mendapatkan versi penuh, sila berhubung dengan KUPM di pejabat masing-masing.
31 Disember 2009
Pemetaan Geologi Sempadan Malaysia-Thailand
Mesyuarat di sebelah Malaysia diadakan pada Jun 2009 bertempat di Ibupejabat JMG Malaysia, Kuala Lumpur
Mesyuarat di sebelah Thailand yang diadakan pada Mei 2009 bertempat di Satun, Thailand.Dua orang Pegawai Kajibumi dari JMG Kelantan yang turut terlibat dalam pasukan pemetaan geologi sempadan tersebut adalah En. Hamdan dan En Ahmad Rosli. Selain itu pasukan pemetaan juga diwakili oleh pegawai-pegawai dari negeri yang bersempadan dengan Thailand iaitu Perak dan Kedah. Tujuan kerjasama ini adalah berkongsi pengetahuan dan maklumat geologi seperti paleontologi, ekonomi dan stratigrafi. Juga membuat korelasi antara geologi Thailand dan Malaysia di samping mewujudkan jalinan kerjasama antara dua negara.
-GEOLOGY BEYOND THE FRONTIER-
Langgan:
Catatan (Atom)



