free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

17 Februari 2014

Pembentangan Kertas Kerja Pelajar Latihan Industri

Isnin, 17 Febuari 2014 satu majlis pembentangan kertas kerja pelajar industri telah diadakan di bilik mesyuarat feldspar, JMG Kelantan sempena tamatnya sesi latihan industri kepada Cik Amalia Batrisyia bt Azman dari UiTM Perlis mengambil jurusan GIS.

Disamping itu diselitkan juga dengan pembentangan dua orang pelajar industri Muhammad Luqman Hakim bin Mohd Lizan (UMK-Sains Bumi) dan Muhammad Fakhri bin Abu Bakar (UMK-GeoSains) berkenaan bidang yang dipelajari.





Diakhir perbentangan, pengarah JMg Kelantan menyampaikan sijil Penamatan Latihn Industri kepada Amalia Batrisyia bt Azman.

09 Februari 2014

Majlis Bacaan Surah Yassin bil 2/2014 JMG Kelantan

09 Febuari 2014 bersamaan 09 RabiulAkhir 1435H (Ahad) - Alhamdulillah, berjaya sudah majlis bacaan yasiin pada pagi ini dengan dihadiri seramai 28 orang kakitangan JMG. Semoga majlis pagi ini diberkati dah dirahmati hendaknya.. Amin.

Terima kasih kepada yang memberi sumbangan dari segi wang/makanan. Sumbangan kalian amat kami hargai..

05 Januari 2014

Program bacaan surah yasin BIL 1/2014 JMG Kelantan

Hari ini, 5 Januari 2014 (Ahad) Satu program bacaan Yasin telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.. Terima kasih kepada semua kakitangan yang telah menjayakan program ini.. 

Dengan harapan, program ini akan berterusan hingga ke akhir tahun dan diteruskan ke tahun-tahun hadapan.

Tidak lupa juga terima kasih kepada kakitangan yang sudi membawa sumbangan makanan untuk majlis ini.

14 Ogos 2013

Gotong-Royong Membakar Lemang sempena Aidilfitri

Pada 6 Ogos 2013 - Sebahagian daripada kakitangan lelaki JMG Kelantan telah sepakat telah berganding bahu bekerjasama membakar lemang di perkarangan rumah salah seorang kakitangan JMG Kelantan juga.. terima kasih diucapkan kepada tuan rumah. Sebanyak 20kg beras berjaya dibakar pada hari tersebut dan 6 ekor ayam untuk rendang hanya dengan kutipan sebanyak RM30/seorang.. aktiviti ini hanyalah sekadar suka-suka sahaja dan tidak rasmi pun..
Sekian.. wassalam..

SELAMaT hARI rAYa aIdIL fiTri,
MaAF ZAHir & bATiN.
AnDAI ADa sAlAH dAN sILAp..


18 Jun 2013

Gotong-Royong Mega JMG Kelantan






Pada 4 Jun 2013, JMG Kelantan telah mengadakan aktiviti gotong royong untuk memperkemaskan suasana pejabat. Hampir kesemua kakitangan terlibat dalam aktiviti tersebut dengan suasana ceria dengan penuh semangat bekerjasama. Syabas diucapkan kepada yang terlibat dan terima kasih atas komitmen yang telah diberi untuk memperindah suasana pejabat.

07 Mei 2013

Taklimat Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam

7 Mei 2013 : Hari ini bermula jam 9 pagi taklimat sesi ke2 untuk taklimat SKT/LNPT telah diadakan di Bilik Mesyuarat Feldspar tingkat 9. Hampir 98% dari jumlah kakitangan JMG hadir. Ada yang sampai terlena dek kerana terlalu banyak input yang disampaikan oleh Pengarah.

Diharap semua info yang disampaikan oleh Pengarah mendatangkan manfaat kepada semua. Insyaallah...

Selain itu, diharap juga SKT dan LNPT bagi tahun 2013 ini tidak akan mendatangkan masalah di kemudian hari kepada semua kakitangan dan pegawai penilai..

06 Mei 2013

KOLEKSI EKSKLUSIF NABI MUHAMMAD S.A.W

Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki, Jordania , Iraq dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah…Insya-allah.



Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek.
Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.