free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

21 Mac 2011

Ceramah Pengurusan Stres

KOTA BHARU, 20 Mac- Satu ceramah berkenaan dengan pengurusan stres telah berjaya dijalankan pada sebelah pagi. Majlis ceramah yang diadakan di Bilik Mesyuarat Feldspar JMG Kelantan itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pegawai dan kakitangan JMG Kelantan. Ceramah tersebut telah disampaikan sendiri oleh Pengarah JMG Kelantan, Tuan Haji Mohd Badaruddin Bin Hasan. Amat banyak ilmu berkaitan pengurusan stres telah dikongsikan oleh beliau, berdasarkan pendapat-pendapat daripada pakar psikologi Islam dan Barat. Tuan Pengarah menyatakan bahawa stres memang tidak boleh dielakkan. Setiap orang ada stres masing-masing. Apa yang penting ialah cara menguruskan stres tersebut agar tidak mendatangkan perkara-perkara negatif. Bahkan, jikalau stres itu berjaya diuruskan dengan baik, ianya akan mendatang dorongan kepada seseorang untuk terus berjaya di dalam kehidupan, samada dalam kerjaya atau dalam bidang kekeluargaan.

10 Mac 2011

Kursus ArcGIS, P. Dickson

Tajuk Kurus: Kursus Pengurusan Data Geospatial Dengan Sistem Maklumat Geografi (GIS) Untuk Kumpulan Pengurusan Dan Profesional. Tempat: Glory Beach Resort, P. Dickson, N. Sembilan Tarikh: 1 - 3 Mac 2011 Anjuran: Unit PSM, Ibupejabat dan JMG N. Sembilan/Melaka. Objektif:

  1. peserta mendapat kefahaman dan kemahiran dalam membuat peta kartografi menggunakan perisian ArcGIS.

  2. memahami pelbagai sumber data geospatial, teknik penawanan data dan asas pemprosesan data untuk GIS.

  3. memahami teknik-teknik analisis spatial dalam bidang geosains dan sumber mineral.

  4. mampu untuk membuat peta kartografi menggunakan perisian ArcGIS.

08 Mac 2011

Iklan Jawatan Kosong NRE

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi jawatan;

1. Pembantu Am Pejabat, N1
2. Pegawai Awam Rendah, R1
3. Pekerja Awam Khas, R3
4. Pemandu Kenderaan, R3 dan
5. Penghantar Notis, N3

Untuk keterangan lanjut, sila klik sini.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2011.

03 Februari 2011

Muzium Geologi, Ipoh

Muzium geologi telah dibuka kepada orang awam. Untuk keterangan lanjut sila klik sini.

16 Januari 2011

Lawatan Ke Tapak Pejabat Baru Tunjong

KOTA BHARU 16 Jan- Ahli Jawatankuasa Pembinaan Pejabat Baru JMG Kelantan telah melakukan lawatan ke tapak pembinaan tersebut. Objektif lawatan adalah untuk mempastikan sempadan sebenar tapak, memeriksa papan tanda dan meninjau keadaan tapak dari segi kesesuaian pembinaan. Lawatan yang bermula pukul 9.30 pagi tersebut berjalan dengan lancar dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Berdasarkan perancangan asal, pejabat baru ini dijangka akan siap dalam RMKe-10, insya-Allah.

Beginilah keadaan asal tapak pejabat baru JMG Kelantan, kawasan sawah padi.

Pengarah sedang bercakap sesuatu kepada ahli jawatankuasa yang lain.

Melakukan pemeriksaan, kalau-kalau pacat sudah mula menyerang.

Ahli jawatankuasa lain yang sempat menyertai lawatan.

Pengarah sedang menyeberangi taliair untuk pergi ke bahagian tapak yang lain.

En. Ab Rashid Ahmad (TPGS) menunjukkan sempadan tapak kepada En. Mohd. Lazim Mohamed .

Papan tanda larangan menceroboh yang baru dipasang.

05 Januari 2011

Majlis Asyura Wisma Persekutuan


Kain rentang yang dipasang di perkarangan Wisma Persekutuan. Majlis ini disertai oleh pelbagai agensi/jabatan kerajaan. JMG Kelantan tidak ketinggalan dalam menyertai 'kaco suro' tersebut.


Panjang betul kayu 'sodek' tu.. hati-hati jangan sampai berlubang pula bumbung parkir Pengarah tu.



En. Mat: Tahun ni kawe tok sir kaco suro.. takut kawoh boco lagi mace duo tahun lepas.
Naji: Alaa.. kalau boco, kita pakat masok dale periok karan pulok!
Mat Nor: Isshh! dekat 2 jam dah kawe duk kaco ni.. takdok hok nak ganti kawe ko?



Opps!! cukup2.. turn kawe pulak deh!


Tn. Hj. Mohd Badaruddin dan En. Yuzlan mengambil giliran mengacau bubur asyura.



Cik Ropidah dan En. Hizam turut mengambil bahagian memeluhkan diri mengacau asyura.



Kelihatan En. Mat sedang memasukkan resepi turun menurunnya kedalam acuan asyura.



Suasana dipersekitaran perkarangan wisma. Seperti biasa lot-lot parkir pengarah agensi/jabatan dijadikan tempat memasak asyura.



Kakitangan JMG Kelantan bertungkus lumus dan berkerjasama dalam semangat kekeluargaan dalam menjayakan sekawah bubur asyura.



Antara bubur asyura yang telah berjaya dihasilkan; bermula seawal pukul 6 pagi dan berakhir kira-kira 2 petang.



Syabas kepada semua kakitangan JMG Kelantan yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.


31 Disember 2010

Kelantan turut isytihar cuti peristiwa Ahad ini

KOTA BHARU 30 Dis. - Kerajaan Kelantan turut mengisytiharkan bahawa Ahad ini adalah hari cuti peristiwa sempena meraikan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 di Jakarta, semalam.

Perisytiharan itu terkandung dalam arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Bilangan 4/2010 kepada semua ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan, pihak pengurusan badan-badan berkanun/Persekutuan/Negeri dan pihak berkuasa kerajaan tempatan negeri.

Salinan surat itu dikirim kepada Bernama di sini malam ini.

Sumber: Utusan Online

20 Disember 2010

Sambutan Hari IT JMG Kelantan Bil. 2/2010

Alhamdulillah, Hari IT JMG Kelantan Bil. 2/2010 telah berjaya dilaksanakan pada 19 Disember 2010 (Ahad) bersamaan 13 Muharram 1432H di Bilik Mesyuarat Feldspar JMG Kelantan. Bersempena dengan hari tersebut, sebanyak dua taklimat berkaitan IT telah disampaikan. Taklimat I bertajuk, "Penyelenggaraan Komputer" disampaikan oleh En. Mohd. Rafee Wook (J17). Sementera Taklimat II bertajuk, "Penggunaan Perisian Movie Maker" disampaikan oleh Pn. Nurina Jusoh (J17). Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan JMG Kelantan yang berkelapangan telah mengambil bahagian di dalam taklimat tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.



En. Mohd. Rafee Wook sedang menyampaikan
taklimat beliau.

Pn. Nurina Jusoh sedang berkongsi ilmu yang
dipelajarinya di INSTUN berkaitan perisian
Movie Maker kepada peserta.

Peserta wanita sedang khusyuk mendengar
taklimat.

Sebahagian peserta lelaki yang berkesempatan
hadir.

Sambutan Hari IT dipengerusikan oleh En. Umar selaku
KUPM JMG Kelantan.

Salah 1 slide di bawah tajuk, "Penyelenggaraan
Komputer".

Slide berkaitan penggunaan perisian Movie
Marker. Ilmu ini boleh juga digunakan sebagai
alat promosi di dalam bidang perniagaan.