"Batu ni kawe nak buat tapak pasu bungo kawe"
20 Januari 2010
Kursus Menjejak fosil, April 2008
"Batu ni kawe nak buat tapak pasu bungo kawe"
18 Januari 2010
Cabaran melakukan pemetaan terain, Lojing.
Pemetaan geologi terain melibatkan pemetaan di kawasan hutan di kawasan Tanah Tinggi Lojing. Kawasan berkabus tebal, laluan kenderaan yang terhad serta kesejukan tanah tinggi adalah antara cabaran yang perlu di hadapi.
17 Januari 2010
Pemetaan Geowarisan Gua Cha, G. Musang

Perlapisan batu kapur dan syal pada bahagian kaki bukit. Pembentukan satu lapisan setebal satu inci mungkin mengambil masa sehingga ribuan tahun.Salah satu aktiviti geologi pemetaan adalah mencari sumber-sumber geowarisan yang terdapat di negeri Kelantan. Kajian lebih tertumpu di kawasan Gua Musang terutama di kawasan Lembah Nenggiri yang kaya dengan jujukan batu kapur. Bukit batu kapur yang berpotensi adalah seperti Gua Cha di Kuala Betis. Di gua ini terdapat tapak arkeologi yang menyimpan rekod kehadiran manusia purba, berusia kira-kira 10,000 tahun lalu. Dari segi geologi, sentuhan batu kapur dan syal dapat diperhatikan pada bahagian kaki bukit secara berselang seli, indikator kepada perubahan bahan sedimen yang terenap jutaan tahun lampau. Mungkin juga penting terhadap sempadan usia Zaman Perm-Trias seperti yang terdapat di Gua Bama dan Gua Panjang, K. Lipis.
13 Januari 2010
Perlawanan Persahabatan Futsal: JMG Kelantan vs Jab. Perikanan Kelantan
Satu perlawanan persahabatan futsal di antara JMG Kelantan dan Jab. Perikanan Kelantan telah diadakan pada 12 Januari 2010, bermula pukul 8.45 malam di Gelanggang Futsal Real Seven, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan. Sebahagian anggota keluarga pemain juga turut hadir ke lokasi bagi memberikan semangat dan memeriahkan suasana program.






Kedua-dua pasukan saling bertukar cenderahati. JMG Kelantan diwakili oleh En. Zarbani bin Mat Junos (kanan).

Ahli kedua-dua pasukan sempat mengabadikan gambar kenang-kenangan.

Inilah barisan pemain yang menjadi kebanggaan JMG Kelantan sedang bergaya dengan dengan jersi baru.

Sesi regangan diketuai oleh TPLK dilakukan sebelum permainan dimulakan.

Antara ahli keluarga pemain JMG yang hadir bagi memberikan sokongan.
12 Januari 2010
10 Januari 2010
Safe Slopes Save Lives

Pembinaan jalanraya Lojing-C.Highlands yang melibatkan pemotongan cerun batuan syis di Pos Mering, Gua Musang.
Runtuhan bahan sisa granit yang terdiri daripada pasir dan bongkah-bongkah granit. Pos Brooke, Lojing.Salah satu aktiviti Geologi Kejuruteraan Unit Geosains adalah membuat inventori cerun bagi sebarang aktiviti pemotongan cerun terutama bagi tujuan pembinaan jalanraya. Selain itu, aktiviti ini juga membuat penyiasatan tapak seperti kestabilan cerun, tanah runtuh, lubang benam dan siasatan geologi kejuruteraan bagi kesesuaian tapak bangunan, tapak empangan, kuari, terowong dan lain-lain.
Langgan:
Catatan (Atom)









