free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

21 Januari 2016

LAWATAN PENGARAH JMG KELANTAN KE TAPAK TELAGA TIUB JKR KEMUBU, KELANTAN

19 Januari 2016, Pengarah JMG Kelantan (Tuan Haji Nazan Bin Awang) telah turun padang bersama-sama Ketua Unit Geosains (Yusuf B. Bujang), Ketua Unit Pengurusan Maklumat ( Mohamad Yusof B Che Sulaiman), dan dua orang Pembantu Geosains iaitu Shahrilnnizam Samsudin dan Junor Yaacob.

Tujuan lawatan ke Loji Rawatan Air adalah untuk mengenalpasti tapak cadangan Telaga Explorasi Air Tanah. Telaga Explorasi digunakan untuk menentukan kedudukan lokasi pembinaan Telaga Tiub bagi membekalkan air ke Loji Rawatan air di Kemubu. Lawatan susulan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Tuan Pengarah turut dibantu oleh Penolong Jurutera, Encik Nik Abdullah Nik Mud dan Wan Noor Sazwanie Wan Mustafar dari JKR Unit Tentera Kelantan.







"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"ISLAM DIMARTABAT, RAJA DIDAULAT, NEGERI BERKAT, RAKYAT SELAMAT"

18 Januari 2016

MESYUARAT PENILAIAN DAN COSTING KAWASAN KAJIAN AIRBORNE GEOFIZIK DI WILAYAH ECER


Tarikh: 13-14 hb. Januari 2016
Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang.
Tempat: JMG Kelantan.


Kehadiran:
1) Tn. Hj. Mohd Zukeri Bin Ab.Ghani (Pengerusi; Pengarah JMG Ter)
2) Tn. Hj.Mustaffa Bin Hamzah, (Pengarah JMG Sabah)
3) En. John Joseph Jinap, (Pegawai Geosains JMG Kelantan)
4) En. Suhaimizi Bin Yusof, (Kupm JMG Terengganu)
5) En. Zaki Bin Alias, (Pegawai Geosains JMG Pahang)
6) En. Mohamed Asri Omar (Pegawai Geosains JMG Kelantan)


AGENDA:

1.      Membincangkan kawasan untuk Penilaian Kajian Airborne Geofizik yang akan 
         dilakukan pada 2016 oleh JMG.

2.      Membuat penilaian berdasarkan:

i)     Kewujudan lombong & bekas lombong,
ii)    Anomali pelbagai unsur,
iii)   Kos setiap jaluran terbang dan kos keseluruhan penerbangan (airborne)
iv)   Jarak penerbangan
v)    Jarak antara jalur penerbangan yang optimum
vi)   Kaedah kajian geofizik yang digunakan
vii)  Kewujudan batuan igneus yang berpotensi
viii) Kawasan yang tidak disentuh (Taman Negara, Berair)








Sekian, terima kasih.