Sg. Telong merupakan sungai utama yang terdapat dalam kawasan Aring, Gua Musang. Dari turutan batuan yang tersingkap di tebing sungai inilah Formasi Telong mendapat namanya; juga merupakan anak sungai kepada Sungai Lebir.
Terdapat satu jambatan sementara yang merentasi laluan sungai tersebut. Satu jambatan baru akan dibina bagi laluan jalanraya baru yang menghubungkan Aring ke K. Berang.
Air sungai teruk tercemar akibat hakisan tanah serta aktiviti perlombongan bijih besi/manganese di kawasan tersebut. Alirannya deras kerana sebelum itu hujan turun dengan lebat.
1 ulasan:
Milo beng so!
Catat Ulasan