free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

04 Mei 2010

Kerja pemotongan cerun bukit, Aring




Kerja-kerja pemotongan cerun-cerun bukit sedang giat dijalankan di laluan jalanraya Aring ke K. Berang. Kerja tanah ini telah mendedahkan singkapan batuan segar yang mungkin antaranya mempunyai fosil. Kawasan ini terletak dalam Formasi Telong (enapan marin) yang didasari oleh batuan berargilit seperti batu lumpur kelabu, syal dan batu lodak kelabu.

Singkapan sebegini amat disukai oleh pengkaji-pengkaji fosil kerana peluang yang tinggi untuk menemui fosil. Pengkaji-pengkaji terdahulu terpaksa melalui sungai-sungai untuk tujuan sedemikian. Fosil memainkan peranan yang penting dalam aktiviti pemetaan geologi dan stratigrafi dalam menentukan usia batuan.

Persoalannya, sanggupkah anda berjemur di tengah terik mentari dengan ditemani oleh debu-debu yang berterbangan semata-mata untuk mencari sesuatu yang telah lama pergi; demi mencari suatu kepastian yang belum tentunya pasti?


Tiada ulasan: