Perlapisan batu kapur dan syal pada bahagian kaki bukit. Pembentukan satu lapisan setebal satu inci mungkin mengambil masa sehingga ribuan tahun.
Salah satu aktiviti geologi pemetaan adalah mencari sumber-sumber geowarisan yang terdapat di negeri Kelantan. Kajian lebih tertumpu di kawasan Gua Musang terutama di kawasan Lembah Nenggiri yang kaya dengan jujukan batu kapur. Bukit batu kapur yang berpotensi adalah seperti Gua Cha di Kuala Betis. Di gua ini terdapat tapak arkeologi yang menyimpan rekod kehadiran manusia purba, berusia kira-kira 10,000 tahun lalu. Dari segi geologi, sentuhan batu kapur dan syal dapat diperhatikan pada bahagian kaki bukit secara berselang seli, indikator kepada perubahan bahan sedimen yang terenap jutaan tahun lampau. Mungkin juga penting terhadap sempadan usia Zaman Perm-Trias seperti yang terdapat di Gua Bama dan Gua Panjang, K. Lipis.
2 ulasan:
Istilah stalaktit dan stalagmit perlu dibetulkan pada gambar...
Stalaktit:batu kapur yg meruncing ke bawah bergantungan dr bumbung gua.
stalagmit: batu kapur yg bercerancang pada/di lantai gua.
from: Limestone
JMG Kelantan telah menyenaraikan gua ini sebagai salah 1 tapak di dalam cadangan Gua Musang National Geopark. Moga2 berjalan lancar...
Catat Ulasan