free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

27 Januari 2010

Majlis Asyura Bersama Warga Wisma

Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, Wisma Persekutuan Kota Bharu, Kelantan telah menganjurkan Majlis Asyura pada 14 Januari 2010 untuk semua jabatan kerajaan peringkat persekutuan. JMG Kelantan tidak ketinggalan untuk tampil mengambil bahagian. Kerjasama yang erat dan padu di antara kakitangan JMG Kelantan pastinya merupakan resipi yang paling ampuh di dalam menjayakan program tersebut. Tahniah kepada semua yang terlibat!

Hati-hati kacau tu .........

Bersama menjayakan majlis asyura, En. Azlan dan
En. Apendi sedang mengacau bubur asyura sementara
En. Ibrahim dan En. Zarbani sedang menunggu giliran.

Penyediaan bahan-bahan asyura oleh kakitangan wanita,
semangat gotong-royong inilah yang kita perlukan untuk
menjayakan setiap aktiviti jabatan, syabas.........

Orang kuat JMG Kelantan...

Letih sangat ke sampaikan tak sedar diri tu..

Hati-hati kacau bubur tu Cik Nadia...

Acara memasukan bahan-bahan bubur Asyura
oleh Tuan Haji Mohamad , hati-hati panas tu..


Alaa nyanyi lagu apa pulak tu Shah?

Apa yang dipandang tu.... tak nampak api pun,
bila nak masak ni?

Penyediaan makan tengahari oleh kakitangan
wanita kita.... bestnya!


En. Zamri sorang je ke?

Masa pertukaran giliran dah sampai....

Di Sabah bubur asyura macam ni juga ke En. Umar?

Lambat lagi ni......

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
tapi kalau panas, macam ni laa...

Kacau betul-betul nanti berkerak pula.......

Sudip ni besar sangat laa .........

Kenapa tu.... tak cukup air ke?

Giliran Tuan Pengarah pula ambil bahagian....

Dah lama ni saya tak mengacau asyura ni, best juga ye.....

TP Geosains dan TP Sumber Mineral bergandingan
mengacau asyura, lambat lagi ke nak masak tu....

20 Januari 2010

Kursus Menjejak fosil, April 2008

Sessi bergambar antara peserta kursus menjejak fosil yang disertai oleh kakitangan dari JMG Kelantan dan JMG Terengganu anjuran JMG Kelantan di kawasan Aring (laluan baru Aring-K. Berang).


Antara bakal-bakal paleontologist yang bersedia dengan peralatan mencari fosil (bukannya untuk menanam sayur-sayuran). Trip yang disertai oleh ramai wanita ini telah menyebabkan fosil mudah ditemui. Kalau trip yang disertai oleh ramai lelaki, susah benar nak jumpa fosil!


"Fosil ni kalau bagi nama spesis dengan nama aku.. ok jugak!"
"Batu ni kawe nak buat tapak pasu bungo kawe"


Tekun mencari fosil sampai lupa makan tengahari. Kalau tak jumpa fosil, tak boleh sijil kursus.


" hai fosil.. oo fosil... mari cari fosil....."

18 Januari 2010

Cabaran melakukan pemetaan terain, Lojing.


Pemetaan geologi terain melibatkan pemetaan di kawasan hutan di kawasan Tanah Tinggi Lojing. Kawasan berkabus tebal, laluan kenderaan yang terhad serta kesejukan tanah tinggi adalah antara cabaran yang perlu di hadapi.


Jalan balak adalah antara jalan alternatif untuk sampai ke kawasan kajian.


Jika cuaca baik, mudah untuk melakukan kerja. Bila awan mendung, pastikan segera keluar dari kawasan hutan, jika tidak, kenderaan mungkin tersangkut dalam selut atau terputus jalan akibat tanah runtuh, batang balak merintangi jalan dan sebagainya.


Laluan terhalang akibat tanah runtuh di tepi jalan.


Batang-batang atau dahan-dahan pokok yang merintangi jalan perlu dibersihkan untuk laluan kenderaan.

17 Januari 2010

Pemetaan Geowarisan Gua Cha, G. Musang


Stalaktit hasil pelarutan batu kapur.


Perlapisan batu kapur dan syal pada bahagian kaki bukit. Pembentukan satu lapisan setebal satu inci mungkin mengambil masa sehingga ribuan tahun.


Stalagmit juga hasil pelarutan batu kapur.

Salah satu aktiviti geologi pemetaan adalah mencari sumber-sumber geowarisan yang terdapat di negeri Kelantan. Kajian lebih tertumpu di kawasan Gua Musang terutama di kawasan Lembah Nenggiri yang kaya dengan jujukan batu kapur. Bukit batu kapur yang berpotensi adalah seperti Gua Cha di Kuala Betis. Di gua ini terdapat tapak arkeologi yang menyimpan rekod kehadiran manusia purba, berusia kira-kira 10,000 tahun lalu. Dari segi geologi, sentuhan batu kapur dan syal dapat diperhatikan pada bahagian kaki bukit secara berselang seli, indikator kepada perubahan bahan sedimen yang terenap jutaan tahun lampau. Mungkin juga penting terhadap sempadan usia Zaman Perm-Trias seperti yang terdapat di Gua Bama dan Gua Panjang, K. Lipis.

13 Januari 2010

Perlawanan Persahabatan Futsal: JMG Kelantan vs Jab. Perikanan Kelantan

Satu perlawanan persahabatan futsal di antara JMG Kelantan dan Jab. Perikanan Kelantan telah diadakan pada 12 Januari 2010, bermula pukul 8.45 malam di Gelanggang Futsal Real Seven, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan. Sebahagian anggota keluarga pemain juga turut hadir ke lokasi bagi memberikan semangat dan memeriahkan suasana program.

Kedua-dua pasukan saling bertukar cenderahati. JMG Kelantan diwakili oleh En. Zarbani bin Mat Junos (kanan).

Ahli kedua-dua pasukan sempat mengabadikan gambar kenang-kenangan.

Inilah barisan pemain yang menjadi kebanggaan JMG Kelantan sedang bergaya dengan dengan jersi baru.

Sesi regangan diketuai oleh TPLK dilakukan sebelum permainan dimulakan.

Antara ahli keluarga pemain JMG yang hadir bagi memberikan sokongan.

10 Januari 2010

Safe Slopes Save Lives


Lubang benam di Kg. Batu Melintang selepas peristiwa Tsunami 2004.


Tanah runtuh di tebing Sg. Belatop, Pos Brooke, Lojing


Pembinaan jalan baru melibatkan pemotongan cerun bukit. Pos Brooke, Lojing.


Pembinaan jalanraya Lojing-C.Highlands yang melibatkan pemotongan cerun batuan syis di Pos Mering, Gua Musang.

Runtuhan bahan sisa granit yang terdiri daripada pasir dan bongkah-bongkah granit. Pos Brooke, Lojing.


Salah satu aktiviti Geologi Kejuruteraan Unit Geosains adalah membuat inventori cerun bagi sebarang aktiviti pemotongan cerun terutama bagi tujuan pembinaan jalanraya. Selain itu, aktiviti ini juga membuat penyiasatan tapak seperti kestabilan cerun, tanah runtuh, lubang benam dan siasatan geologi kejuruteraan bagi kesesuaian tapak bangunan, tapak empangan, kuari, terowong dan lain-lain.

07 Januari 2010

Sejuknyer....

Bergambar di sempadan negeri Kelantan dan Pahang semasa melakukan kerja-kerja pemetaan geologi terain di kawasan Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang.

Wajarkah Geologist & Pembantunya Mendapat Elaun Kritikal?



Lokasi: Gua Subong, Gua Musang, Kelantan (sekadar gambar hiasan).