free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

31 Disember 2010

Kelantan turut isytihar cuti peristiwa Ahad ini

KOTA BHARU 30 Dis. - Kerajaan Kelantan turut mengisytiharkan bahawa Ahad ini adalah hari cuti peristiwa sempena meraikan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 di Jakarta, semalam.

Perisytiharan itu terkandung dalam arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Bilangan 4/2010 kepada semua ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan, pihak pengurusan badan-badan berkanun/Persekutuan/Negeri dan pihak berkuasa kerajaan tempatan negeri.

Salinan surat itu dikirim kepada Bernama di sini malam ini.

Sumber: Utusan Online

20 Disember 2010

Sambutan Hari IT JMG Kelantan Bil. 2/2010

Alhamdulillah, Hari IT JMG Kelantan Bil. 2/2010 telah berjaya dilaksanakan pada 19 Disember 2010 (Ahad) bersamaan 13 Muharram 1432H di Bilik Mesyuarat Feldspar JMG Kelantan. Bersempena dengan hari tersebut, sebanyak dua taklimat berkaitan IT telah disampaikan. Taklimat I bertajuk, "Penyelenggaraan Komputer" disampaikan oleh En. Mohd. Rafee Wook (J17). Sementera Taklimat II bertajuk, "Penggunaan Perisian Movie Maker" disampaikan oleh Pn. Nurina Jusoh (J17). Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan JMG Kelantan yang berkelapangan telah mengambil bahagian di dalam taklimat tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.



En. Mohd. Rafee Wook sedang menyampaikan
taklimat beliau.

Pn. Nurina Jusoh sedang berkongsi ilmu yang
dipelajarinya di INSTUN berkaitan perisian
Movie Maker kepada peserta.

Peserta wanita sedang khusyuk mendengar
taklimat.

Sebahagian peserta lelaki yang berkesempatan
hadir.

Sambutan Hari IT dipengerusikan oleh En. Umar selaku
KUPM JMG Kelantan.

Salah 1 slide di bawah tajuk, "Penyelenggaraan
Komputer".

Slide berkaitan penggunaan perisian Movie
Marker. Ilmu ini boleh juga digunakan sebagai
alat promosi di dalam bidang perniagaan.

06 Disember 2010

HUKUM BULU KUCING

Menurut Mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, sama ada semasa hidupnya atau selepas mati.
Namun menurut imam Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

Binatang yang Tidak Halal Dimakan Dagingnya

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing,monyet, musang dan sebagainya terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu binatang tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikian juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni al-Muhtaj, Kitab al-Taharah, Bab al-Najasah, jilid 1, halaman 115)

Hubungannya dengan Solat

Menurut hukum syarak, syarat sah solat itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang.
Oleh sebab itu, jika terdapat bulu binatang yang dihukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, jilid 1, halaman 175)

24 November 2010

Majlis Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2010

6,133 penjawat awam bermasalah

Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my



PUTRAJAYA 22 Nov. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenal pasti sejumlah 6,133 penjawat awam bermasalah sepanjang tahun lalu, meningkat lebih 700 orang berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, ia membabitkan tiga masalah utama iaitu disiplin, prestasi rendah dan kesihatan kronik.
"Selain itu, ia turut membabitkan masalah hubungan interpersonal dan psikologi di kalangan penjawat awam tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam 2010 di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, Dr. Aris Kasan. Pada majlis itu, seramai 3,583 orang yang merangkumi 16 kementerian, enam jabatan, lima Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan 11 agensi termasuk badan berkanun serta korporat menerima pentauliahan tersebut. ***

Sehubungan itu, Abu Bakar berkata, Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (Akrab) boleh memainkan peranan yang penting dalam membentuk perkhidmatan awam yang berdisiplin dan berintergriti.

"Rakan pembimbing perlu mempamerkan diri mereka sebagai contoh kepada rakan sekerja yang lain dengan mengamalkan nilai-nilai positif dan menunjukkan tingkah laku yang boleh dicontohi.

"Perlu diingatkan bahawa rakan pembimbing diwujudkan atas semangat 'rakan membantu rakan' dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban, keharmonian dan saling menghormati potensi diri masing-masing," katanya.

Dalam ucapan yang sama, beliau mencadangkan agar Bahagian Pengurusan Psikologi mengembangkan lagi peranan Akrab kepada pengamalan Buddy System.

Ini kerana, tambah beliau, sistem itu bukan hanya membantu rakan dalam menangani masalah tertentu tetapi sentiasa mengambil tahu dan mengikuti perkembangan rakan terbabit yang berkaitan dengan pekerjaan dan hal-hal peribadi.

"Ia sejajar dengan fitrah manusia yang sentiasa mahu diri disayangi dan dihargai, justeru konsep ini sememangnya terdapat dalam sistem itu," katanya.



*** TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA WARGA JMG KELANTAN; EN. AB RASHID BIN AHMAD (TIMB. PENGARAH GEOSAINS), PN. AZLIYAH BTE CHE LONG (PEN. PEG. TADBIR) & EN. MUHAMMAD UMAR BIN SARIMAL (KUPM) KERANA BERJAYA DITAULIAHKAN SEBAGAI AHLI AKRAB. TIDAK DILUPAKAN AHLI-AHLI AKRAB DARI JMG NEGERI/JABATAN YANG LAIN. SEMOGA AKRAB JMG KHASNYA DAN NRE AMNYA AKAN LEBIH PERKASA LAGI SELEPAS INI. INSYA-ALLAH!

03 November 2010

Kerja lapangan bersama pelajar UMK



Satu kerja lapangan yang melibatkan pelajar geologi tahun 2 Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah diadakan disekitar kawasan Aring dan Kawasan Lojing, Gua Musang pada 22 dan 23 Oktober 2010. Kerja lapangan tersebut telah dianjurkan oleh Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli di bawah Program Geosains (FASA) dengan bantuan dari JMG Kelantan, selaras dengan kerjasama antara UMK dan JMG Kelantan. Sebagai maklumat, UMK telah menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains).

Kerja lapangan tersebut telah diatur oleh wakil dari JMG Kelantan iaitu Ahmad Rosli Othman melibatkan 6 hentian, 2 lokasi di Aring dan 4 lokasi di sepanjang jalanraya Lojing-G.Musang. Tujuan kerja lapangan ini adalah untuk memberikan pendedahkan kepada pelajar mengenai jenis-jenis batuan, formasi-formasi batuan dan fosil-fosil yang terkandung dalam batuan. Difahamkan bahawa ini adalah kerja lapangan pertama seumpamanya bagi pelajar tersebut di mana sebelum ini kerja lapangan mereka hanyalah melibatkan lawatan ke muzium-muzium atau lawatan ke IPTA. Oleh itu kerja lapangan ini serba sedikit dapat memberi gambaran mengenai kerja-kerja sebenar ahli geologi di lapangan, tidak hanya menerima sahaja pembelajaran dari kuliah-kuliah yang diadakan di kampus.

Klik sini untuk mendapatkan buku panduan kerja lapangan tersebut.

21 Oktober 2010

Bolasepak Pantai, Hari Keluarga JMG Klate


Ni nak sepak bola ke sepak pasir ni?



Penuh tumpuan dan kejituan!


Wa cha!......penyerang utama berjaya menembusi 3 benteng pertahanan.... setelah berehat panjang akibat kederaan serius pada bahagian betis. Beliau mengayakan semula jaringan pertama oleh Mohd NorFarhan semasa pertemuan Kelantan menentang Selangor pd suku akhir Piala Malaysia 2010.



Ha... masuk2 la kalau berani...(antara kesalahan gangguan seksual yg dapat dikesan oleh pengadil perlawanan).



Cara nak raikan jaringan gol bolasepak pantai!



Hijau: Kawe nok sutir gol jah... tok sir banyok2...
Biru: Kalau dok gol ni... mau kena makan pasir ni..



aik!... baru 33 minit main dah semput?



HARI KELUARGA JMG KELANTAN 2010

HARI KELUARGA JMG KELANTAN 2010
PADA 15-16 OKTOBER 2010
DI SWEET BEACH RESORT, TOK BALI
PASIR PUTIH, KELANTAN


Tuan Pengarah sedang menyampaikan ucapan perasmian
beliau.

Pengerusi sambutan, Hj. Mohd. Yusof Sulaiman
sedang menyampaikan ucapan.

Doa dibacakan oleh En. Mohd. Apendi Yusof. Di sebelah
beliau ialah En. Mohd. Lazim Mohamed,
Pengerusi Majlis Perasmian.

Penyampaian hadiah penghargaan kepada anak-anak
warga JMG Kelantan yang mendapat keputusan cemerlang
dalam peperiksaan.

En. Ahmad Naji Nasir, sedang mengacarakan aktiviti
sukaneka.

Sesi memperkenalkan diri & keluarga bagi kakitangan
baru JMG Kelantan.

Pengerus sambutan menyampaikan hamper kepada
Tuan Pengarah.

Tuan Pengarah dengan diiringi isteri, menyampaikan
hamper kepada warga JMG Kelantan dan keluarga.

En. Ab Rashid Ahmad sedang menyampaikan hadiah
kepada pemenang acara sukaneka bagi kategori dewasa.

En. Mohd. Lazim Mohamed menyampaikan hadiah kepada
pemenang acara sukaneka bagi kategori kanak-kanak.

Acara sukaneka khas untuk suami isteri. Nampak
gayanya, mereka tidak sabar `mengenakan` suami
masing-masing.

Kelihatan pihak suami pun tidak gentar menyahut cabaran
tersebut.

Tuan Pengarah sedang membuat tendangan untuk acara
jaringan emas.

Anak siapa ni? Tengok gaya kelihatan berbakat sekali.

Acara bowling pantai dengan menggunakan buah kelapa
muda dan botol air mineral sebagai pinnya.

Acara pancing botol kategori kanak-kanak.

Acara hulahu kategori wanita dewasa. Kelihatan
Cik Ropidah (tudung putih) sedang berjuang hingga pusingan
yang terakhir.

Acara memasukkan air ke dalam botol dengan
menggunakan span bagi kategori kanak-kanak.

Acara lari dalam guni bagi kategori kanak-kanak.

Acara lari dalam guni bagi kategori lelaki dewasa.
Nampaknya En. AlMahusin Awg. Lah (baju merah tanpa topi)
sedang berusaha memintas En. Ahmad Rosli Othman
(baju coklat bertopi)

Acara rebut gula-gula bagi kategori kanak-kanak. Kaum
ibu tidak jemu-jemu memberikan sorakan kepada anak-
anak mereka.

Kakitangan wanita dan isteri kakitangan sedang bersedia
untuk acara susun bata.


SECARA KESELURUHANNYA, PROGRAM SAMBUTAN HARI KELUARGA PADA TAHUN INI ADALAH BERJAYA DAN BERJALAN DENGAN LANCAR. KEMERIAHANNYA SUKAR DIGAMBARKAN DENGAN KATA-KATA. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA URUSETIA SAMBUTAN DI ATAS KEJAYAAN TERSEBUT. TIDAK DILUPAKAN KEPADA WARGA JMG KELANTAN YANG LAIN DAN KELUARGA YANG TELAH MEMBERIKAN KERJASAMA PADU SEPANJANG PROGRAM TERSEBUT BERLANGSUNG. SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERKATI SEGALANYA...

17 Oktober 2010

Rebut gula-gula anak2 kakitangan JMG Klate

Suka tengok anak2 ni berebut gula-gula. Ada yang malu-malu.. ada yang takut-takut.. dan ada yang sapu habis...

06 Oktober 2010

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat JMG Kelantan


Pada 26 September 2010 bersamaan 17 Syawal 1431H yang lalu, satu sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat JMG Kelantan telah dilangsungkan, sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Sambutan yang amat bermakna itu telah diadakan di Tingkat 3, Pejabat JMG Kelantan. Selain warga JMG Kelantan, pegawai dan kakitangan daripada jabatan bersebelahan juga telah dijemput bagi menjamu selera seterusnya memeriahkan sambutan tersebut. Mudah-mudahan sambutan seumpama ini dapat mengeratkan ikatan persaudaraan sesama warga JMG Kelantan khasnya dan warga Wisma Persekutuan Kota Bharu amnya, di bawah lembayung keredhaan Allah s.w.t. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin...

06 September 2010

Pameran Sempena Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kilang Air Mineral

MAJLIS PECAH TANAH
PEMBINAAN KILANG AIR MINERAL
DI BATU MELINTANG JELI, KELANTAN
PADA 01 SEPTEMBER 2010

Majlis tersebut disempurnakan oleh YAB. Menteri Besar
Kelantan.

Ketua/wakil jabatan negeri dan persekutuan
berkaitan yang hadir.

Doa dibaca selepas upacara pecah tanah dilakukan.

Kakitangan JMG Kelantan sedang menyusun
bahan-bahan pameran. Pasukan kerja pameran pada
kali ini diketuai oleh En. Amir Mizwan bin Mohd. Akhir.

Tuan Pengarah JMG Kelantan sedang menjelaskan
tentang 1 sampel batuan kepada YAB. Menteri Besar
Kelantan.

Yang tua dihormati, yang muda disayangi.

19 Ogos 2010

Tadarus Al-Quran Peringkat JMG Kelantan


Bersempena dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1431H, program Tadarus Al-Quran Peringkat JMG Kelantan telah dijalankan sebagaimana tahun sebelumnya. Program yang diadakan pada tarikh-tarikh tertentu ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu muslimin dan muslimat. Setiap kategori tersebut diketuai oleh seorang kakitangan JMG Kelantan yang berkebolehan di dalam pembacaan Al-Quran. Program seumpama ini bukanlah bertujuan untuk mencari siapakah yang paling hebat di dalam pembacaan Al-Quran, tapi untuk dijadikan sebagai medan ibadah serta wadah perkongsian ilmu dan kemahiran berkaitan pembacaan Al-Quran. Warga JMG Kelantan dijemput datang beramai-ramai untuk mengimarahkan program ini. Mudah-mudahan program ini mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Amin!


Nota: Kalau ada masa untuk membaca facebook, takkan tiada masa untuk program tadarus, hehe...

11 Ogos 2010

Puasa Yg Berkat

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” (Riwayat Ibnu Majah)


Huraian:

Pengajaran Hadis:
i) Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia.

ii) Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

iii) Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut iaitu:
a) Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.
b) Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.
c) Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.
d) Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.

iv) Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.

v) Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka. Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.

SUMBER: http://www.islam.gov.my/portal/hadithhariini.php

25 Julai 2010

Mesyuarat MBJ 2006 - Kenangan



Suasana ceria semasa mesyuarat MBJ tahun 2006 yang diadakan serentak dengan Hari Keluarga 2006 di Germ Beach Resort, Terengganu. Beberapa kakitangan telah bertukar ke JMG negeri lain (samada kerana kenaikan pangkat atau atas permintaan), bersara atau telah meninggalkan kita;

  • Arwah Izhan Inoi- telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2007
  • Arwah Zubir Mohamed- telah kembali ke rahmatullah pada 2008
  • En. Mohd. Badzran Mat Taib - telah bertukar ke Ibupejabat JMG
  • En. Muhammad Hussein Jamaluddin-telah bertukar ke BPT, Ipoh
  • En. Zainal Abidin Jamaluddin-telah bertukar ke JMG Pahang
  • Tn. Hj. Nurzaidi - telah bertukar ke JMG Ibupejabat
  • En. Azmi - telah bertukar ke Hospital K. Terengganu
  • Cik Zaleha - telah bertukar ke Jabatan Koperasi Kelantan
  • Tn. Hj. Zainol Abidin Sulaiman - telah bertukar ke JMG Perak
  • En. Junor Yaacob - telah bertukar ke JMG Pahang
  • En. Ahmad Zukni - telah bertukar ke JMG Perak
  • En. Lim Boon Him - telah bersara
  • Pn. Hamidah - Telah bertukar ke JPJ Jeli.

14 Julai 2010

Kegagalan cerun di Lojing, Gua Musang

Sebelum mengalamai kegagalan (19 november 2007)


Selepas mengalami kegagalan 28 Ogos 2008

Satu kegagalan cerun jenis baji telah dicerap pada satu cerun potongan batuan granit di tepi Jalanraya Lojing-G.Musang.

07 Julai 2010

Salam Perpisahan Utk TPSM JMGKEL

Tuan Pengarah (kiri) sedang menyambaikan cenderahati
kepada En. Hamdan Bin Ariffin (TPSM) semasa
Majlis Perpisahan di Bilik Mesyuarat Feldspar, JMG
Kelantan

Adalah dimaklumkan bahawa, En. Hamdan Bin Ariffin selaku Timbalan Pengarah (Sumber Mineral) JMG Kelantan akan bercuti belajar bermula 05 Julai 2010 sehingga 04 Julai 2012. Tahniah diucapkan kepada beliau. Didoakan semoga berjaya di dalam pengajian. Amin...