09 Ogos 2015 bersamaan 24 Syawal 1436H (Ahad). Kelab Wisma Persekutuan Kota Bharu telah menganjurkan Sambutan Raya Berpusat peringkat Wisma Persekutuan Kota Bharu tahun 2015 di perkarangan WPKB dengan tema Sambutan "Silaturahim Ke Arah Perpaduan".
Semua Jabatan Persekutuan bekerjasama menyumbang dan memberi komitmen bagi melancarkan sambutan tersebut. Setiap Jabatan telah diberikan tugasan dan menu masing-masing untuk dilaksanakan. Sebanyak 22 Jabatan telah terlibat dalam menjayakan sambutan ini. Antara menunya adalah seperti satay, kueh tiaw goreng, mee goreng, ketupat, nasi dagang, tapai, buah-buahan, nasi goreng, ikan bakar, roti canai, air sirap dan kambing bakar.