free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

28 Mei 2014

Hari Kecergasan Warga JMG Kelantan

Alhamdulillah.. Berjaya juga program hari ini iaitu 28 Mei 2014 berkebetulan dengan peristiwa isra' mikraj, JMG Kelantan telah mengadakan Program kecergasan dan Perhimpunan bulanan bil.5/2014 luar dari Perkarangan Wisma Persekutuan..
Terima kasih kepada warga JMG Kelantan yang memberi sokongan dengan program yang di adakan dimana yang sanggup berjalan kaki dari Wisma Persekutuan ke Dewan Gelanggang Seni. Pengorbanan kalian semua amat kami hargai.


 

17 Februari 2014

Pembentangan Kertas Kerja Pelajar Latihan Industri

Isnin, 17 Febuari 2014 satu majlis pembentangan kertas kerja pelajar industri telah diadakan di bilik mesyuarat feldspar, JMG Kelantan sempena tamatnya sesi latihan industri kepada Cik Amalia Batrisyia bt Azman dari UiTM Perlis mengambil jurusan GIS.

Disamping itu diselitkan juga dengan pembentangan dua orang pelajar industri Muhammad Luqman Hakim bin Mohd Lizan (UMK-Sains Bumi) dan Muhammad Fakhri bin Abu Bakar (UMK-GeoSains) berkenaan bidang yang dipelajari.





Diakhir perbentangan, pengarah JMg Kelantan menyampaikan sijil Penamatan Latihn Industri kepada Amalia Batrisyia bt Azman.

09 Februari 2014

Majlis Bacaan Surah Yassin bil 2/2014 JMG Kelantan

09 Febuari 2014 bersamaan 09 RabiulAkhir 1435H (Ahad) - Alhamdulillah, berjaya sudah majlis bacaan yasiin pada pagi ini dengan dihadiri seramai 28 orang kakitangan JMG. Semoga majlis pagi ini diberkati dah dirahmati hendaknya.. Amin.

Terima kasih kepada yang memberi sumbangan dari segi wang/makanan. Sumbangan kalian amat kami hargai..

05 Januari 2014

Program bacaan surah yasin BIL 1/2014 JMG Kelantan

Hari ini, 5 Januari 2014 (Ahad) Satu program bacaan Yasin telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.. Terima kasih kepada semua kakitangan yang telah menjayakan program ini.. 

Dengan harapan, program ini akan berterusan hingga ke akhir tahun dan diteruskan ke tahun-tahun hadapan.

Tidak lupa juga terima kasih kepada kakitangan yang sudi membawa sumbangan makanan untuk majlis ini.