Dimaklumkan bahawa saudara Smasudin Lela, PRA JMG Kelantan telah mengalami kemalangan motorsikal pada pagi 15 Okt. 2012. Beliau kini sedang dirawat di Hospital USM Kubang Krian. Difahamkan beliau mengalami patah tulang paha. Seluruh kakitangan JMG Kelantan mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas kembali.
16 Oktober 2012
06 September 2012
Majlis Sambutan Hari Raya & Pengarah Baru JMG Kelantan
Pada 3 September 2012, JMG Kelantan telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan majlis menyambut pengarah baru JMG Kelantan, Tn. Hj. Ibrahim Amnan. Berbagai juadah disediakan dalam majlis tersebut. Syabas diucapkan kepada kakitangan yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut dan diucapkan selamat menjalankan tugas kepada pengarah baru JMG Kelantan.
04 September 2012
Lawatan TKP (KEM) ke JMG Kelantan
Timbalan Ketua Pengarah (Korporat Dan Ekonomi Mineral), Tn. Hj. Mustapha Mohd Lip telah melakukan lawatan kerja ke JMG Kelantan pada 5 Ogos 2012. Dengan perjumpaannya dengan kakitangan JMG Kelantan, beliau telah menyampaikan beberapa perkara antaranya termasuklah dasar terkini pihak pengurusan tertinggi jabatan dan hala tuju jabatan. Selain itu, beliau juga tidak keberatan untuk berkongsi ilmu mengenai rawatan refleksologi dan tip-tip kesihatan dan pemakanan.
Taklimat Pengurusan Emel Jabatan Sesi-2
Satu sesi taklimat mengenai pengurusan emel jabatan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Feldspar, JMG Kelantan pada 2 Ogos 2012. Taklimat dikhaskan kepada kumpulan sokongan dan pentadbiran dan dikendalikan oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat (KUPM) JMG Kelantan, En. Muhammad Umar Sarimal. Dalam taklimat ini peserta didedahkan mengenai kaedah mengendali dan menguruskan emel jabatan seperti menghantar emel, memadam emel dan memperpanjangkan emel. Peserta taklimat juga diberi peluang untuk mengurus emel jabatan.
08 Mei 2012
MAJLIS MERAIKAN KEHADIRAN KETUA UNIT MINERAL BERLOGAM BARU DAN MAJLIS PERTUKARAN ENCIK HAMDAN SEBAGAI TPSM JMG KELANTAN KE JMG KEDAH
Pada 30 April 2012 yang lalu satu majlis jamuan telah diadakan bagi meraikan kehadiran seorang pegawai baru iaitu Encik John Joseph Jinap dari JMG Serawak. Beliau telah dinaikkan pangkat dari Gred C41 kepada C44 , berasal dari Serawak menggantikan Encik Hamdan Bin Ariffin yang akan bertukar ke JMG Kedah/P.Pinang/Perlis sebagai TPSM.
Majlis dilakukan secara serentak bagi meraikan mereka berdua. Sesi pengucapan dan pengenalan juga telah berlangsung dalam majlis perhimpunan bulanan bil 4/2012 di bilik mesyuarat Felspar. Di dalam majlis ini juga, Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Kelantan telah menyampaikan cenderahati kepada Encik Hamdan sebagai kenangan-kenangan..
08 April 2012
SKALA MASA GEOLOGI & SEJARAH KEHIDUPAN BUMI
04 April 2012 (Selasa) , Satu ceramah teknikal telah diadakan dan disempurnakan oleh Encik Ahmad Rosli Bin Othman Pegawai Geologi Kejuruteraan. Beliau telah menerangkan tentang sejarah-sejarah bumi yang telah berusia 4.6juta tahun.
Skala masa Geologi
Digunakan oleh ahli geologi untuk merujuk kepada suatu masa dan peristiwa yang terjadi sepanjang sejarah bumi. Masa geologi bumi disusun menjadi beberapa unit menurut peristiwa yang terjadi pada tiap tempoh.
Perubahan rupabentuk permukaan bumi dari 4.6 juta tahun sehingga kini |
Skala masa Geologi
Digunakan oleh ahli geologi untuk merujuk kepada suatu masa dan peristiwa yang terjadi sepanjang sejarah bumi. Masa geologi bumi disusun menjadi beberapa unit menurut peristiwa yang terjadi pada tiap tempoh.
Dua bahagian utama
Prekambria - bumi dengan hidupan mudah (alga, bakteria)
Phanerozoik - bumi dengan hidupan kompleks
Phanerozoik - bumi dengan hidupan kompleks
Hidupan di sepanjang sejarah bumi
Hidupan bermula pd 3.8 billion tahun lampau oleh kemunculan satu sel protoplasma
(prokaryot) spt bakteria dan alga.
Manakala Multisel (eukaryot) mula muncul pada 2.1 billion tahun.
Evolusi hidupan pula bermula pada 570 juta tahun dengan artropod (trilobit), ikan (530 juta
tahun), tumbuhan daratan (475 juta tahun), hutan (385 juta tahun), mamalia (200 juta tahun),
homo sapiens (200,000 tahun).
Kewujudan manusia – 0.004% dr sejarah bumi.
Bumi Malaysia mempunyai fosil hidupan Gondwana (Kedah-Perlis-Selangor) dan fosil Tethys (Kelantan, Pahang, N9).
“Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”(S.24 An-Nur 45).
05 Mac 2012
Hari IT JMG Kelantan Bil. 1/2012
Hari IT JMG Kelantan bil. 1 bagi tahun 2012 telah diadakan pada 1 Mac 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Feldspar, JMG Kelantan. Pengisian untuk hari IT tersebut telah dipenuhi dengan bengkel bertajuk ' Kaedah dan Pengendalian Fail PDF' yang disampaikan oleh En. Ahmad Rosli Othman.
Dalam bengkel ini, kakitangan JMG Kelantan didedahkan mengenai kaedah penggunaan fail pdf seperti penukaran fail format Word/Excel kepada format PDF, software-sotfware yang digunakan, penyuntingan fail-fail PDF dan meletakkan katalaluan bagi fail-fail sulit. Bengkel ini dibuat selaras dengan keperluan semasa di mana kebanyakan dokumen-dokumen, laporan-laporan teknikal dan pekeliling-pekeliling diurus dalam format pdf.
Bengkel ini juga melibatkan latihan hand-on kepada kakitangan JMG Kelantan. Bengkel ini juga turut dihadiri oleh empat orang pelajar latihan industri dari UMK. Semoga dengan terlaksananya bengkel ini, dapat meningkatkan pengetahuan kakitangan JMG Kelantan dalam bidang IT serta memudahkan urusan-urusan harian di pejabat.
09 Januari 2012
Lawatan ke telaga mengeluarkan gas, Lundang, K.Bharu.
JMG Kelantan telah melakukan satu lawatan tapak ke Kg. Aman, Mukim Lundang, K.Bharu terhadap sebuah telaga yang mengeluarkan gas metana. Lawatan adalah susulan dari laporan akhbar Sinar Harian pada 7 Januari yang melaporkan berlakunya letupan apabila kerja-kerja pengorekkan telaga air di salah sebuah rumah penduduk di kampung tersebut sedang dijalankan apabila mencapai kedalaman 7m. Difahamkan bahawa kerja-kerja pengorekkan telah dilakukan pada 2 Januari lalu di mana satu letupan gas telah berlaku dan masih mengeluarkan gas sehingga 6 Januari.
Hasil dari penelitian sampel lubang telaga, didapati bahawa pada kedalaman 1-4 meter, sampel adalah terdiri daripada lapisan lumpur (clay), 4-7 meter lapisan lumpur berkarbon dan lapisan berpasir pada kedalaman 7m. Pereputan bahan organik telah menyumbang terhadap penghasilan gas metana yang terperangkap di bawah lapisan lumpur. Gas tersebut terkumpul dalam poket-poket kecil di dalam lapisan pasir dan mempunyai tekanan tinggi. Apabila poket tersebut ditebuk, gas tersebut dibebaskan bersama-sama pasir (sehingga 5 m ke udara). Poket bergas tersebut adalah bersifat tempatan. Gas metana akan habis dengan sendirinya apabila kesemua gas dibebaskan (selalunya sehingga 2-4 hari). Kejadian ini biasa berlaku di kawasan enapan lanar seperti Kota Bharu dan Pasir Mas yang berada dalam Formasi Simpang. Enapan lanar yang terbentuk sejak Awal hingga Tengah Plieostocene (2-1.6 juta tahun lampau) telah mengenapkan sedimen lumpur dan pasir bersama-sama serpihan tumbuhan-tumbuhan di persekitaran daratan berhampiran delta sungai yang tidak dipengaruhi oleh pasang surut air laut.
Kejadian yang sama pernah berlaku di Kg. Kubang Chetok, Pasir Mas pada tahun 2004 dan di Kg. Simpol, Pasir Mas pada tahun 2006. Terdapat juga kejadian yang sama berlaku di Kg. Macang, Terengganu baru-baru ini.
Kejadian yang sama pernah berlaku di Kg. Kubang Chetok, Pasir Mas pada tahun 2004 dan di Kg. Simpol, Pasir Mas pada tahun 2006. Terdapat juga kejadian yang sama berlaku di Kg. Macang, Terengganu baru-baru ini.
Langgan:
Catatan (Atom)