free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

28 Mac 2010

SEJARAH PERKEMBANGAN BUMI KELANTAN (3)

Pada masa akhir Perm subduksi berhenti tetapi beralih kepada pergerakan menjauhi plat yang menghasilkan zon pemuaian di bahagian barat Kelantan. Zon pemuaian ini menyebabkan terbentuknya batuan amfibolit dan serpentinit dalam batuan Formasi Bentong. Zon pemuaian ini dikaitkan dengan Sutura Bentong yang menganjur dari Thailand hingga ke Padang Lalang Sumatera.

Rejahan batolith granit mengangkat bahagian benua Plat Malaya Timur membentuk kawasan pergunungan dan pada masa yang sama menghasilkan laut cetek yang dikenali sebagai Laut Tethys. Laut ini terbentuk di antara plat mikrobenua Malaya Timur dengan plat benua Malaya Barat. Dalam lautan ini berlaku pengendapan sedimen argilit-arenit dan batuan volkano riolit.

Keadaan sekitaran yang semakin cetek dan tenang kemudiannya menggalakkan permbentukan bahan berkarbonat. Bahagian yang lebih ke selatan mengendapkan bahan berlumpur dan volkano yang membentuk syal dengan selangan tuf membentuk dasar batuan Formasi Gua Musang.

Nota: Bagi mendapatkan gambaran yang jelas berkenaan perkembangan bumi Kelantan, anda disyorkan agar membaca semua siri bermula dari siri 1. Rujukan kepada entri bersiri ini akan dipaparkan kemudian.

25 Mac 2010

SEJARAH PERKEMBANGAN BUMI KELANTAN (2)

Pergerakan Plat Malaya Timur ke arah Plat Malaya Barat pada masa yang sama mengendapkan sedimen sekitaran laut dalam pada masa Devon. Sedimen laut dalam ini dapat dikenalpasti di bahagian utara Kelantan. Sedimen ini menindih secara tidak selaras di atas batuan Formasi Bentong. Aktiviti tektonik ditafsirkan mulai aktif kerana terdapat beberapa aliran riolit yang berpunca daripada arka kepulauan volkano laut dalam bersama dengan pengendapan sedimen ini.

Pengendapan bahan sedimen laut dalam dan volkano ini berakhir pada masa Karbon (290 juta tahun). Pada masa Perm, seluruh kawasan di Kelantan tidak stabil kerana wujud pergerakan subduksi plat lautan yang membentuk Laut China Selatan di bawah Plat Malaya Timur. Keadaan ini menyebabkan rejahan magma di sebelah timur dan pembentukan arka volkano di bahagian selatan. Rejahan magma membentuk batolith igneus Banjaran Timur di sebelah timur Kelantan.

24 Mac 2010

Kenali JMG Kelantan


Logo lama Jabatan Penyiasatan Kajibumi



Pejabat JMG Kelantan di Wisma Persekutuan, Kota Bharu

Tahukah anda bahawa Jabatan Kajibumi Kelantan adalah merupakan salah satu jabatan tertua di Negeri Kelantan. Kerja-kerja berkaitan dengan geologi di Semenanjung Malaysia telah bermula dalam tahun 1903 dengan perlantikan J.B. Scrivenor sebagai ahli geologi yang pertama dan kemudiannya wujudlah sebuah pejabat yang dikenali sebagai Pejabat Kajibumi di K. Lumpur.

Pada awal penubuhannya, aktiviti-aktiviti kajibumi adalah tertumpu di Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan N. Sembilan. Pejabat ini kemudiannya telah berpindah ke Batu Gajah, Perak pada tahun 1908 akibat potensi mineral (bijih timah) yang amat mengalakkan.

Pada tahun 1927, Pejabat Kajibumi dinaiktaraf menjadi Jabatan Penyiasatan Kajiabumi. Aktivitinya diperluaskan ke Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Kedah, Kelantan Johor dan Perlis.

Pejabat Kajibumi Kota Bharu, Kelantan mula dibuka pada awal tahun 1952 oleh seorang ahli kajibumi iaitu S. McDonald yang kemudiannya dilantik sebagai ketua pejabat yang dibantu oleh 4 kakitangan tempatan.

Pejabat perintis ini bertempat di Bonut Payung. Kemudiannya berpindah ke tapak Kedai payong (bersebelahan Stadium Sultan Mohd ke-4) pada akhir tahun 1952. Pada pertengahan 1953, pejabat berpindah pula ke rumah sewa di belakang pejabat pos lama bersebelahan balai polis Jalan Sultan Ibrahim. Pada tahun 1971, pejabat berpindah lagi ke Pejabat SUK lama. Akhirnya, pada tahun 1979, pejabat ditempatkan ke Wisma Persekutuan, Jalan Bayam yang kekal hingga ke hari ini.

Pada tahun 1999, Jabatan Penyiasatan Kajibumi telah bergabung dengan Jabatan Galian dan membentuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan telah bertukar kementerian dari Kementerian Perusahan Utama ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.


SEJARAH PERKEMBANGAN BUMI KELANTAN (1)

Bumi Kelantan secara tektonik berasal daripada 4 mikroplat yang dikenali sebagai Plat Malaya Timur, Plat Malaya Barat, Plat Laut China Selatan dan Plat Lautan Natuna. Sedimen terawal membentuk bumi Kelantan berada di pinggir plat Malaya Barat yang berada di bawah lautan dan pengendapan paling awal berlaku pada masa Silur (440-410 juta tahun lampau). Bahan sedimen lautan ini turut diendapkan di Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka. Diagenisis pada bahan sedimen ini membentuk batu lumpur (syal) graptolit, rijang kuarzit, konglomerat intraformasi dan batu kapur yang kini dikenali sebagai batuan Formasi Bentong.

21 Mac 2010

Gempa Bumi Kuat Di Papua New Guinea


KUALA LUMPUR 21 Mac - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter dilaporkan melanda New Ireland Region di Papua New Guinea pada pukul 10 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan malam ini berkata gempa bumi itu berlaku di timur New Ireland Region, 882 km di barat laut Port Moresby dan 3,878 km di tenggara Kunak, Sabah.

Pusat gempa adalah di 3.3 selatan and 152.2 timur. Bagaimanapun ia tidak memberikan ancaman tsunami.

Bernama

04 Mac 2010

Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2010

Perjumpaan Bulanan telah diadakan pada 28.2.2010,perjumpaan kali ini ada sedikit kelainan, mulai bulan Februari setiap kakitangan dimestikan mengambil bahagian mengikut giliran. Tugasan pertama sebagai Pengacara Majlis ialah En. Nordin Safaai, pembaca doa En. Rafee Wook, Puan Siti Nazhirah Pembaca Ikrar dan Pengucapan Awam oleh Puan Noor Azila Mat Jusoh.


Pembukaan Majlis dimulai oleh En. Nordin bin Safaai

Sessi Pengucapan Awam oleh Puan Noor Azila bertajuk "Kampungku"

Tuan Pengarah sedang memberi ucapan dan amanah

berkenaan Nilai dan Etika kerja.

Antara kakitangan yang hadir

Memberi sepenuh tumpuan.....

Bila pula giliran aku ni........

Kakitangan wanita pun berdebar juga......

02 Mac 2010

Mata Air Panas di Lojing, Kelantan


Mata airpanas yang dilabelkan sebagai HS16 JMG ini adalah berbentuk air terjun.


Permukaan aliran diselaputi oleh lumut dan alga menandakan bahawa sumber air panas kaya dengan mineral/nutrien terutamanya mineral bersulfur.


Mata air panas yang dapat dicerap di bahagian puncak, mengalir dari celah-celah batuan granit.


Airnya cukup panas sehingga mencecah 60 darjah celsius, cukup untuk memasak telur dan mencelur udang. Nak masak Mee MAGGI pun bole.


Kalau lumut macam ni, tak lalu plak nak makan telur yang telah siap direbus.

KURSUS BLOG DAN TAKLIMAT HRMIS

Ketua Unit Pengurusan Maklumat JMG Kelantan, En. Muhammad Umar bin Sarimal telah mengadakan Kursus Blog (Asas) pada 21.2.2010. Tujuan kursus tersebut adalah untuk memberikan pendedahan kepada kakitangan bagaimana cara untuk membina blog dan cara mengekses blog tersebut seiring dengan perkembangan semasa. Di samping itu satu Taklimat HRMIS berkaitan Permohonan Cuti Rehat juga telah disampaikan oleh Puan Anishah Mat Jusoh selepas kursus tersebut.



Taklimat Disampaikan oleh KU (PM) JMG Kelantan.

Antara peserta yang hadir.

Cara-cara membina blog.
.
Bukan mudah untuk menguasi ilmu blog, tapi
sekiranya mempunyai minat & kesungguhan
semuanya ditanggung halal beres.


Catatan perlu ditulis supaya tak lupa nanti....


Giliran Puan Anishah memberikan penerangan
cara memohon cuti melalui HRMIS.

Masing-masing khusyuk mendengar taklimat????

Tuan Pengarah bertanyakan sesuatu.......

Faham ke tak?

Memberi sepenuh perhatian.

Inilah wajah 'Menteri Kewangan' (En. Mohd
Yuzlan- kiri sekali) JMG Kelantan sekarang.
Beliau juga mahir di dalam pembinaan blog.