free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

17 Februari 2010

CERAMAH ASET - 7 FEBRUARI 2010

Satu Ceramah Aset telah berjaya dilaksanakan pada 7 Februari 2010, penceramahnya ialah Tuan Haji Mohamad Yusof bin Che Sulaiman, beberapa perkara telah diterangkan dan antara ialah kes kehilangan aset, aset sewa beli, aset lucut hak dan juga penerangan bagaimana cara untuk mengisi borang kew. PA-1.


Penceramah sedang berfikir bagaimana caranya
untuk menyampaikan ceramahnya dengan lebih berkesan lagi

Sedang bersiap sedia untuk menyampaikan ceramah....


Kena dengar betul-betul taklimat tu......


Amboi penuh perhatian nampak.....

Tugas ni Puan Siti yang kena laksanakan, betulkan?

Mungkin ada sesuatu yang ingin ditanya oleh Puan Noni


Kakitangan wanita yang hadir dalam ceramah tersebut

Tuan Pengarah kusyuk mendengar penerangan
yang disampaikan oleh penceramah
Antara kakitangan yang hadir...

Kedatangan kena tulis kalau tidak tak dapat satu hari kursus
Sedang berbincang bagaimana caranya nak senaraikan aset-aset
yang sedia ada dengan lebih tersusun lagi, semangatnya......

Apa ceritanya tu........
Sedang kusyuk mendengar penerangan yang diberikan....

16 Februari 2010

Ceramah AKRAB: "Pembaziran Masa"

Satu ceramah yang diletakkan di bawah Program AKRAB (Rakan pembimbing penjawat awam) JMG Kelantan telah berjaya dilaksanakan pada 4 Februari 2010 yang lalu. Ceramah bertajuk, "Pembaziran Masa" disampaikan oleh En. Hamdan Bin Ariffin selaku Timb. Pengarah Sumber Mineral (TPSM) merangkap Ahli AKRAB (bertauliah) JMG Malaysia. Alhamdulillah, kehadiran amat memberangsangkan. Tuan Pengarah mengharapkan agar program-program seumpama ini dapat diteruskan.


En. Hamdan Bin Ariffin sedang
menyampaikan ceramah beliau.

Sebahagian peserta lelaki yang hadir.

Sebahagian peserta wanita (belakang) yang hadir.
Kunci persona tu simpan En. Amir, nanti hilang...
Hehe

En. Ahmad Rosli (kiri) sedang khusyuk mencatat sesuatu,
sementara Tn. Hj. Mohamad Yusof pula
tekun mendengar ceramah.

04 Februari 2010

Kelas Al-Quran Bil. 1/2010

Di atas inisiatif tuan Pengarah, kesediaan tenaga pengajar dan kesanggupan pegawai/kakitangan yang ingin belajar maka terzahirlah Kelas Al-Quran Bil. 1/2010, pada 31 Januari 2010 yang lalu di Bilik Mesyuarat Feldspar JMG Kelantan. Kelas ini akan diadakan setiap bulan dan terbuka kepada semua warga JMG Kelantan. Melakukan apa sahaja perkara kebaikan, memang banyak halangannya. Dua penghalang utama adalah nafsu kita sendiri dan syaitan. Sehubungan itu, diharapkan agar program yang baik ini dapat diteruskan berserta dengan pengelibatan yang memberangsangkan.

Inilah Tok Guru kami, Ust. En. Mohd. Apendi.
Beliau merupakan kakitangan JMG Kelantan.

En. Mohd. Apendi sedang menggunakan
ilmu khasyafnya untuk mengimbas sejauh mana penguasaan
staf terhadap pembacaan Al-Quran. Agaknya...

Proses pengajaran & pembelajaran sedang berjalan.

Pening ke Naji? Hehe...

Peserta muslimah sedang khusyuk dan
tawadhuk mendengar penerangan tenaga pengajar.

Siapa yang dah lupa, hah... Ini notanya.
Jangan lupa ulangkaji, jumpa lagi bulan depan.

02 Februari 2010

Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2010

Sepertimana rutinnya, Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2010 telah berjaya dilaksanakan pada 31 Januari 2010 (Ahad) di Bilik Mesyuarat Feldspar JMG Kelantan. Perhimpunan pada kali ini dipengerusikan oleh En. Ab Rashid Bin Ahmad, Timb. Pengarah Geosains. Banyak amanat penting telah disampaikan oleh beliau. Diharapkan agar semua yang hadir dapat bertindak sebagaimana yang sepatutnya. Jangan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, hehehe....

Timb. Pengarah Unit Geosains (tengah)
sedang khusyuk mempengerusikan majlis. Turut kelihatan
di kanan dan kiri beliau adalah En. Hamdan (TPSM)
dan En. Mohd. Hizam (TPLK).



Doa majlis dibacakan oleh En. Apendi (2 dari kiri).



Aturcara menyanyikan lagu negaraku.

Sidang hadirin sedang membacakan ikrar.
Pembacaan ikrar pada kali ini diketuai oleh Pn. Nurniwati
(belakang: 2 dari kanan).



Sesi penyampaian sijil oleh Timb. Pengarah Geosains
kepada kakitangan yang berjaya menghadiri
Perhimpunan Bulanan bagi tahun 2009.



Pengacara majlis bagi Perhimpunan Bulanan
Bil. 1/2010 ialah PPT, Pn. Azliyah (belakang Pengerusi).
Tahniah di atas perjalanan majlis yang lancar sekali.

Bersabarlah Menghadapi Ibtila` UjianNya!

01 Februari 2010

A Story Of Integrity



Nota: Tontonilah sehingga selesai, insya-Allah penganjarannya amat berguna di dalam meningkatkan integriti penjawat awam.

Pemetaan Terain Lojing


Dalam Projek Kajian Geobencana Negara, JMG Kelantan telah melakukan pemetaan geologi terain di Kawasan Tanah Tinggi Lojing. Kawasan ini berketinggian lebih dari 1000m dari aras laut dan majoriti kawasan bercerunnya berada dalam kelas IV. Namun begitu, kawasan ini telah diwartakan sebagai Kawasan Pengurusan Khas (SMA) dan boleh dibangunkan dengan syarat-syarat yang ketat.


Kajian ini juga melibatkan inventori cerun-cerun potongan bukit bagi pembinaan jalanraya.



Kajian ini juga melibatkan pemetaan geologi kawasan dan pengenalpastian Darjah kecerunan cerun, kod-kod aktiviti cerun, jenis hakisan dan ketakstabilan cerun dan bahan cerun.


Pengenalan kepada jenis-jenis batuan adalah penting kepada geologist.


Kajian ini dilakukan dari tahun 2006 dan berakhir pada 2009. Dua peta tematik iaitu Peta Kesesuaian Pembinaan dan Peta Hakisan akan dikeluarkan dan akan digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tujuan perancangan Kawasan Tanah Tinggi Lojing.