Mesyuarat di sebelah Malaysia diadakan pada Jun 2009 bertempat di Ibupejabat JMG Malaysia, Kuala Lumpur
Mesyuarat di sebelah Thailand yang diadakan pada Mei 2009 bertempat di Satun, Thailand.
Dua orang Pegawai Kajibumi dari JMG Kelantan yang turut terlibat dalam pasukan pemetaan geologi sempadan tersebut adalah En. Hamdan dan En Ahmad Rosli. Selain itu pasukan pemetaan juga diwakili oleh pegawai-pegawai dari negeri yang bersempadan dengan Thailand iaitu Perak dan Kedah. Tujuan kerjasama ini adalah berkongsi pengetahuan dan maklumat geologi seperti paleontologi, ekonomi dan stratigrafi. Juga membuat korelasi antara geologi Thailand dan Malaysia di samping mewujudkan jalinan kerjasama antara dua negara.
-GEOLOGY BEYOND THE FRONTIER-