free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

07 Mei 2013

Taklimat Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam

7 Mei 2013 : Hari ini bermula jam 9 pagi taklimat sesi ke2 untuk taklimat SKT/LNPT telah diadakan di Bilik Mesyuarat Feldspar tingkat 9. Hampir 98% dari jumlah kakitangan JMG hadir. Ada yang sampai terlena dek kerana terlalu banyak input yang disampaikan oleh Pengarah.

Diharap semua info yang disampaikan oleh Pengarah mendatangkan manfaat kepada semua. Insyaallah...

Selain itu, diharap juga SKT dan LNPT bagi tahun 2013 ini tidak akan mendatangkan masalah di kemudian hari kepada semua kakitangan dan pegawai penilai..

06 Mei 2013

KOLEKSI EKSKLUSIF NABI MUHAMMAD S.A.W

Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki, Jordania , Iraq dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah…Insya-allah.



Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek.
Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.

Sumbangan JMG Kelantan Dalam Usaha Pemadaman Kebakaran Tanah Gambut di Kg. Beris Lalang, Bachok Kelantan.

26 Mac 2013 :  Jabatan Mineral Dan Geosains Kelantan telah dipanggil untuk membantu   Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kelantan bagi membekalkan air daripada telaga tiub dalam usaha memadamkan kebakaran tanah gambut di Kg. Beris Lalang, Bachok, Kelantan.

Kebakaran tanah gambut di kawasan ini adalah menjadi satu fenomena biasa terutamanya di musim kemarau. Pada musim panas dan kering, air takungan seperti air parit, taliair dan telaga cetek akan mengalami kekeringan dan bahan gambut yang terdiri daripada enapan Kuaterner sangat mudah terbakar disebabkan faktor geologinya yang terdiri daripada endapan bahan karbon/organik yang terurai dan lembut serta masih belum mengalami proses pembatuan. Kebakaran tanah gambut biasanya sangat sukar dipadamkan disebabkan pembakarannya melalui lapisan bawah permukaan dan sukar dilihat di atas permukaan kecuali terdapat asap yang terlepas keluar melalui celah dan retakan tanah. Keadaan ini sangat merbahaya dan boleh merosakkan kawasan yang luas dan memakan masa untuk mengawal dan memadamkannya.