free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

21 Mac 2011

Hari IT JMG Kelantan Bil. 1/2011

KOTA BHARU, 20 Mac-Hari IT JMG Kelantan Bil. 1/2011 berjaya dilaksanakan pada sebelah petang hari ini. Secara dasarnya, Unit Pengurusan Maklumat JMG Kelantan merancang untuk mengadakan sambutan Hari IT setiap sukutahun. Objektif utamanya adalah untuk memberikan pendedahan kepada warga JMG Kelantan berkaitan IT. Dalam sambutan pada kali ini, tajuk taklimat yang menjadi pilihan ialah, "Microsoft Word 2007". Taklimat ini disampaikan oleh En. Mohd. Rafee Wook (J17). Taklimat yang beliau sampaikan adalah berdasarkan kepada apa yang beliau pelajari semasa berkursus di INTAN selama seminggu. Sambutan amat mengalakkan. Syabas kepada semua yang terlibat!

Ceramah Pengurusan Stres

KOTA BHARU, 20 Mac- Satu ceramah berkenaan dengan pengurusan stres telah berjaya dijalankan pada sebelah pagi. Majlis ceramah yang diadakan di Bilik Mesyuarat Feldspar JMG Kelantan itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pegawai dan kakitangan JMG Kelantan. Ceramah tersebut telah disampaikan sendiri oleh Pengarah JMG Kelantan, Tuan Haji Mohd Badaruddin Bin Hasan. Amat banyak ilmu berkaitan pengurusan stres telah dikongsikan oleh beliau, berdasarkan pendapat-pendapat daripada pakar psikologi Islam dan Barat. Tuan Pengarah menyatakan bahawa stres memang tidak boleh dielakkan. Setiap orang ada stres masing-masing. Apa yang penting ialah cara menguruskan stres tersebut agar tidak mendatangkan perkara-perkara negatif. Bahkan, jikalau stres itu berjaya diuruskan dengan baik, ianya akan mendatang dorongan kepada seseorang untuk terus berjaya di dalam kehidupan, samada dalam kerjaya atau dalam bidang kekeluargaan.

10 Mac 2011

Kursus ArcGIS, P. Dickson

Tajuk Kurus: Kursus Pengurusan Data Geospatial Dengan Sistem Maklumat Geografi (GIS) Untuk Kumpulan Pengurusan Dan Profesional. Tempat: Glory Beach Resort, P. Dickson, N. Sembilan Tarikh: 1 - 3 Mac 2011 Anjuran: Unit PSM, Ibupejabat dan JMG N. Sembilan/Melaka. Objektif:

  1. peserta mendapat kefahaman dan kemahiran dalam membuat peta kartografi menggunakan perisian ArcGIS.

  2. memahami pelbagai sumber data geospatial, teknik penawanan data dan asas pemprosesan data untuk GIS.

  3. memahami teknik-teknik analisis spatial dalam bidang geosains dan sumber mineral.

  4. mampu untuk membuat peta kartografi menggunakan perisian ArcGIS.

08 Mac 2011

Iklan Jawatan Kosong NRE

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi jawatan;

1. Pembantu Am Pejabat, N1
2. Pegawai Awam Rendah, R1
3. Pekerja Awam Khas, R3
4. Pemandu Kenderaan, R3 dan
5. Penghantar Notis, N3

Untuk keterangan lanjut, sila klik sini.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2011.