free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

25 Julai 2010

Mesyuarat MBJ 2006 - Kenangan



Suasana ceria semasa mesyuarat MBJ tahun 2006 yang diadakan serentak dengan Hari Keluarga 2006 di Germ Beach Resort, Terengganu. Beberapa kakitangan telah bertukar ke JMG negeri lain (samada kerana kenaikan pangkat atau atas permintaan), bersara atau telah meninggalkan kita;

  • Arwah Izhan Inoi- telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2007
  • Arwah Zubir Mohamed- telah kembali ke rahmatullah pada 2008
  • En. Mohd. Badzran Mat Taib - telah bertukar ke Ibupejabat JMG
  • En. Muhammad Hussein Jamaluddin-telah bertukar ke BPT, Ipoh
  • En. Zainal Abidin Jamaluddin-telah bertukar ke JMG Pahang
  • Tn. Hj. Nurzaidi - telah bertukar ke JMG Ibupejabat
  • En. Azmi - telah bertukar ke Hospital K. Terengganu
  • Cik Zaleha - telah bertukar ke Jabatan Koperasi Kelantan
  • Tn. Hj. Zainol Abidin Sulaiman - telah bertukar ke JMG Perak
  • En. Junor Yaacob - telah bertukar ke JMG Pahang
  • En. Ahmad Zukni - telah bertukar ke JMG Perak
  • En. Lim Boon Him - telah bersara
  • Pn. Hamidah - Telah bertukar ke JPJ Jeli.

14 Julai 2010

Kegagalan cerun di Lojing, Gua Musang

Sebelum mengalamai kegagalan (19 november 2007)


Selepas mengalami kegagalan 28 Ogos 2008

Satu kegagalan cerun jenis baji telah dicerap pada satu cerun potongan batuan granit di tepi Jalanraya Lojing-G.Musang.

07 Julai 2010

Salam Perpisahan Utk TPSM JMGKEL

Tuan Pengarah (kiri) sedang menyambaikan cenderahati
kepada En. Hamdan Bin Ariffin (TPSM) semasa
Majlis Perpisahan di Bilik Mesyuarat Feldspar, JMG
Kelantan

Adalah dimaklumkan bahawa, En. Hamdan Bin Ariffin selaku Timbalan Pengarah (Sumber Mineral) JMG Kelantan akan bercuti belajar bermula 05 Julai 2010 sehingga 04 Julai 2012. Tahniah diucapkan kepada beliau. Didoakan semoga berjaya di dalam pengajian. Amin...

Program AKRAB Di JMG Kelantan

Pengarah, Tn. Hj. Mohd Badarudin Hasan (kiri) sedang
menyampaikan sijil penghargaan kepada tuan penceramah,
En. Mohd Zulkiflee Che Soh (KPP/Pengerusi AKRAB NRE)

Tajuk ceramah yang disampaikan ialah, "Membina
Organisasi Cemerlang"

Antara warga JMG Kelantan yang sempat menghadirkan
diri ke Program AKRAB


JMG KELANTAN 08 Julai- Pada hari kelmarin, satu Program AKRAB berbentuk ceramah telah diadakan di JMG Kelantan. Program yang dibuat di Bilik Mesyuarat Feldspar itu telah dihadiri lebih 90 peratus warga JMG Kelantan. Penceramah yang dijemput adalah En. Mohd Zulkiflee Che Soh selaku KPP (Unit GIS & Kartografi, Ibu Pejabat JMG) merangkap Pengerusi AKRAB Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar. Semoga ceramah bertajuk, "Membina Organisasi Cemerlang" yang disampaikan itu bisa mendatangkan manfaat kepada peserta, sekaligus menyumbang kepada usaha pemerkasaan JMG Kelantan. Syabas kepada semua yang terlibat!

06 Julai 2010

Pameran Kempen Kesedaran Air Tanah, K. Bharu








Sekolah Menengah Kebangsaan Putera, Kompleks Sekolah Mek Zainab, Kota Bharu telah mengadakan Kempen Kesedaran Air Tanah pada 29 Jun 2010 bertempat di Dewan Putera sekolah tesebut. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah aktiviti pameran yang turut disertai oleh JMG Kelantan serta pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan seperti NAHRIM dan AKSB. Tema kempen ini adalah " Air Tanah- sumber yang tidak disedari".

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kakitangan JMG Kelantan yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan pameran tersebut.


04 Julai 2010

Sungai Telong...airnya keroh!


Sg. Telong merupakan sungai utama yang terdapat dalam kawasan Aring, Gua Musang. Dari turutan batuan yang tersingkap di tebing sungai inilah Formasi Telong mendapat namanya; juga merupakan anak sungai kepada Sungai Lebir.



Terdapat satu jambatan sementara yang merentasi laluan sungai tersebut. Satu jambatan baru akan dibina bagi laluan jalanraya baru yang menghubungkan Aring ke K. Berang.


Air sungai teruk tercemar akibat hakisan tanah serta aktiviti perlombongan bijih besi/manganese di kawasan tersebut. Alirannya deras kerana sebelum itu hujan turun dengan lebat.