free buat blog
JABATAN MINERAL & GEOSAINS KELANTAN, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT 3, JALAN BAYAM, 15658 KOTA BHARU, KELANTAN TEL:09-7411300 FAX: 09-741308 EMEL: jmgkel@jmg.gov.my

18 Mei 2010

17 Mei 2010

Was-was dalam melakukan solat

Artikel ini diambil dari satu e-mail yang saya terima; menarik untuk tatapan dan renungan kita bersama, moga dapat dimanafaatkan.- Necrofis


KITA biasa melihat gelagat sesetengah orang ketika berwuduk kalau ditadah air wuduknya boleh penuh satu baldi. Sdgkan apa yg diceritakan oleh Aisyah dalam hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, Nabi saw ketika berwudu’ hanyalah menggunakan air pada kadar dua pertiga Mud (lebih kurang satu botol air mineral 600ml). Tapi bila berwuduk dgn satu botol air mineral kita rasa tak puas dan rasa macam tak sempurna, sdgkan itulah cara yg ditunjukkan oleh org yg paling sempurna Ibadahnya iaitu Nabi saw.


Dalam kitab2 Fekah lama ada menyebut kalau tiada air Kita kena ambil tanah dikering kemudian ditumbuk dan di ayak utk dibuat tayamum. Sdgkan cara Tayamum yg dibuat Nabi amat mudah, tepuk je dinding, kemudian sapu muka & telapak tangan. Ini sbgmana hadis yg diriwayatkan dari Abu Juhaim, “Nabi kembali dari Bi'r Jamal lalu seorang bertemu dgn beliau seraya mengucapkan salam. Nabi tidak menjawabnya hingga beliau menemukan tembok dan mengusap wajah dan tangannya kemudian menjawab salam orang tadi”.[HR. Bukhari no. 337 / Muslim no. 369]. Tapi kita takut nak bertayamum sbgmana yg Nabi buat ni krna kita rasa tak puas dan rasa macam tak sempurna, seolah2 apa yg Nabi buat tu terdapat kecacatan dan kekurangan.



Bila nak start solat pula sesetengah tu melakukan Takbir Ratulihram sampai tiga empat kali, siap dgn baca ‘Usalli’ dgn berulang2... Kadangkala Imam dah nak Ruku’ barulah dia selesai takbirnya. Bila ditanya kenapa susah sangat nak Takbir Ratulihram tu, dia kata takut niat tak masuk, nanti tak sah Solat. Kita tanya dia tadi waktu hang datang ke tempat Solat tadi atas tujuan apa?.. dia kata nak solat lah. Kita tanya dia balik, habistu itu bukan niat ke? Imam Syafie amat melarang perbuatan seperti ini sbgmana Fatwanya dalam al-Umm beliau menyebut “Was2 dalam Niat solat dan dalam Thaharah termasuk kebodohan terhadap Syariat atau membingungkan akal." [Lihat al-Amr bi al-Itbaa' wa al-Nahy 'an al-Ibtidaa' ].



Sesetengah orang pula bila membaca Fatihah begitu berhati2, sehinggakan kadangkala terlalu nak jaga bacaannya sampai orang sebelahnya pun dengar suara bacaannya. Perbuatan ini adalah tidak dibenarkan kerana ia boleh menganggu orang lain. Ini sebagaimana yg diFatwakan oleh Imam Syafie dalam al-Umm 'Hendaklah suaranya sekadar didengar sendiri dan tidak didengar org yg berada disampingnya. Tidak patut dia meninggikan suara lebih dari ukuran itu.' [Ruj Majmu’ Imam Nawawie (III/295)]



Ada pula sesetengah tu terlalu lama membaca Fatihah, sehingga kadangkala Imam dah Sujud pun dia masih tak selesai baca Fatihahnya..Sdgkan perbuatan itu menyalahi apa yg ditunjukkaan oleh Nabi saw sbgmana maksud hadis “Sesungguhnya Imam itu diikuti, apabila dia bertakbir hendalah kamu bertakbir, bila dia ruku’ hendaklah kamu ruku’, bila dia I’tidal hendaklah kamu I’tidal dan apabila dia sujud hendaklah kamu sujud”[HR Bukhari].



Dulu2 org yg mengaji ‘Pondok’ akan menjeling kita bila kita solat tak pakai kopiah. Lagi2 kalu kita solat tak pakai kain pelekat atau hanya pakai Jeans atau T Shirt atau pakai seluar kerja.. Sebabnya seluar tu lah kita bawa ke tandas buang air, kemungkinan kena air kencing yg terpercik. Maka wajib kena pakai kain pelekat bila nak solat. Kita jawab balik kenyataan ini, Nabi saw dah ajar bagaimana cara bersuci. Kita basuhlah kencing kita sbgmana yg Nabi ajar, kenapa nak Was2kan orang lain sampai menyusahkan. Tak pasal2 kena carik kain pelikat setiap kali nak solat. Kita tahu tujuan dia untuk berhati2 tapi jgnlah sampai menimbulkan kesukaran dalam melakukan Ibadah. Kalau pun terkena percikan air kencing tu, basuh je lah., itu pun kalu nampak percikan tu terkena seluar, kalau tak nampak tak payah lah nak mencari2 sesuatu yg kita tak pasti.



Begitu juga kita dapati sesetengah wanita yg menganggap terlekong sbgai pakaian yg wajib dipakai ketika solat. Kononnya takut baju kurung atau seluar yg dipakai tak suci sebab mungkin terkena najis waktu ke tandas atau baju kurung tu tak sempurna tutup aratnya. Sdgkan telekung bukanlah ‘Uniform Solat’ yg wajib dipakai. Sebenarnya memadai dgn apa sahaja pakaian menutup aurat, sekalipun baju kurung atau seluar & kemeja. Aurat wanita didalam dan luar sembahyang adalah sama, kalau kita rasa pakaian yg kita pakai diluar solat tu dah sempurna maka sah lah kalau ia dipakai dalam solat.Telekung boleh dipakai, namun menganggap memakainya suatu kelebihan adalah suatu anggapan yg salah, kerana tiada satu nas pun yg menyebutkan kelebihannya. Maka janganlah sampai sanggup meninggalkan solat hanya kerana terlupa bawa terlekong.



Imam Ibn Hazmin dalam kitabnya ‘al-Muhalla' menyebut : “Sesuatu (yg haram/Najis) jika tidak nampak dari pandangan mata kita, maka kita tak wajib mencari-carinya”. Sesuatu yg asalnya baik dan bersih maka bersihlah ia. Jangan diragukan tentang keadaannyanya, kerana sikap begitu hanya akan menyusahkan diri sendiri.



Punca semua ini berlaku adalah kerana melayan perasaan Was2 yg menggangu Fikiran. Was-was adalah dari Syaitan, dan antara kerja utama Syaitan ialah berusaha menimbulkan rasa Was2 kpd anak Adam. Orang yg selalu merasa Was2 dalam Ibadah sehingga mengulang2 perbuatan dan memberat-beratkan perkara dalam Ibadah sebenarnya dia terperangkap dalam mainan Syaitan. Sdgkan Allah melarang kita dpd mengikut dan melayan hasutan Syaitan. Bila kita mengikut atau melayan perasaan Was2 itu maknanya kita telah terjebak dalam perangkap Syaitan., dan akibatnya kita akan berasa sukar dalam beribadah.



Maka wajib kita hindarinya. Jika kita melayannya berarti kita melayan kehendak syaitan yg memang suka menghilangkan Fokus kita dalam beribadah. Keadaan ini jika berterusan akan menjadikan seseorang itu bosan, jemu, bimbang dan akhirnya meninggalkan Ibadah.



Seseorang akan sentiasa diserang penyakit was2 apabila dia tidak memahami kaedah atau cara Ibadah yg sebenarnya sepertimana yg ditunjukkan oleh Nabi saw. Ini ditambah pula sesetengah guru yg mengajar suka menakut-nakutkan dan menyusah-nyusahkan orang ramai dgn berbagai tokok tambah yg tiada sebarang asasnya dpd Nabi saw. Sedangkan Nabi saw mengingatkan kita bhwa setipa cara Ibadah mesti dibuat berdasarkan apa yg ditunjukkan olehnya..sbgmana sabdanya ”Khuzuu anni manaa sikakum”( Ambillah dpdku Cara Ibadah kamu)[HR Muslim, Nasa’iee, Ibn Majah, Abu Daud dan Tirmizi]



Seorang lelaki datang kpd Nabi saw mengadu dia sering Was2 dalam Solat iaitu terasa macam ada keluar angin (kentut). Lalu baginda Nabi saw berpesan kpdnya “Jgn kamu berhenti dari solat itu sehingga kamu dengar bunyi (kentut) atau baunya”[HR Bukhari dan Muslim]. Berdasarkan hadis ini Ulama’ mengambil kaedah bahawa ‘Yaqin’ takkan dapat dihilangkan dgn Shak (Was2). Keyakinan kita ialah sewaktu sebelum nak solat tadi kita dah berwuduk’ kemudian ditengah solat timbul keraguan samada kentut ataupun tidak,, maka jika ini berlaku kita kena pegang pd ‘Yakin’ ada wuduk. Begitu jugalah dalam keadaan2 yg lain. [ Ruj Fiqh Awlawiyyat Dr Yusof Qardhawiy].



Menimbulkan suasana sukar dalam mengerjakan Ibadah adalah bertentangan dengan prinsip Agama. Nabi melarang kita memberat-beratkan serta menyusah-nyusahkankan diri kita dalam melakukan Ibadah sbgmana sabdanya “Agama itu mudah, tiada sesiapa yg memberat-beratkankannya melainkan dia akan menjadi payah. Maka bersederhanalah, dekatilah yg tepat dan gembirakanlah mereka”[Saheh Bukhari]....Wallahua’lam..


04 Mei 2010

Kerja pemotongan cerun bukit, Aring




Kerja-kerja pemotongan cerun-cerun bukit sedang giat dijalankan di laluan jalanraya Aring ke K. Berang. Kerja tanah ini telah mendedahkan singkapan batuan segar yang mungkin antaranya mempunyai fosil. Kawasan ini terletak dalam Formasi Telong (enapan marin) yang didasari oleh batuan berargilit seperti batu lumpur kelabu, syal dan batu lodak kelabu.

Singkapan sebegini amat disukai oleh pengkaji-pengkaji fosil kerana peluang yang tinggi untuk menemui fosil. Pengkaji-pengkaji terdahulu terpaksa melalui sungai-sungai untuk tujuan sedemikian. Fosil memainkan peranan yang penting dalam aktiviti pemetaan geologi dan stratigrafi dalam menentukan usia batuan.

Persoalannya, sanggupkah anda berjemur di tengah terik mentari dengan ditemani oleh debu-debu yang berterbangan semata-mata untuk mencari sesuatu yang telah lama pergi; demi mencari suatu kepastian yang belum tentunya pasti?


Belajar Bersabar & Jangan Marah



Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya:

Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergulat (bergusti), tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 6114)

Allah juga akan memberi ganjaran yang besar bagi mereka yang mampu mengawal perasaan marah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

Siapa yang menahan perasaan marah sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya (melepaskan kemarahannya), maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk, kemudian disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 2417)

Boleh marah, tapi salurkan kemarahan itu di tempat yang benar.

02 Mei 2010

Selamat Hari Pekerja



Janganlah kita menjadi pekerja yang mengamalkan tabiat seperti di atas. Sempena Hari Pekerja yang amat bermakna ini, marilah kita bersama merevolusikan tradisi yang kurang produktif tersebut kepada yang lebih baik.